Friday, February 5, 2010

bulan ini bulan CINTA


BULAN FEBRUARI....,bulan yg dinanti2 kan oleh pasangn kekasih.Apa yg istimewanya dgn bln ini?Tak lain dan tak bkn,setiap14 Feb mereka akan meraikan Hari Kekasih yg juga dikenali sebagai Valentine's Day.


Membuta tuli barangkali,meraikan dgn penuh ghairah tanpa mengetahui sejarah dan kisah sebenar Hari Valentino diraikan.Islam mengajar kita mencegah kemungkaran dengan tangan,jika tidak mampu cegahlah dengan perkataan dan jika masih tidak juga berkeupayaan,cegahlah dengan hati.Doa.Benci kepada kemaksiatan.Benci kpd kemungkaran.Jgn sekali2 menyokong dan meniyakannya!Andai kita meraikan Valentine's Day,bukankah ini bermakna kita menyokong tindakan Valentino pada suatu masa dahulu??istighfarlah...minta keampunan dari Allah.


setiap hari adalah haRi kekasih


kenapa mesti tunggu 14 februari?bukankah tidak sempurna iman sseorang seandainya dia tidak mengasihi saudara seagamanya?bukankah agama kita agama yang penuh dengan kasih sayang?apa salahnya kita berkasih sayang setiap hari?berkasih dan bersayang pada orang yang sepatutnya dengan cara yang bersesuaian.tidak melanggar syarak,tidak melampaui batas.


kasih kepada ibu bapa,keluarga,sahabat,jiran tetangga.Kasih kepada fakir miskin dan anak yatim.Kasih kepada mereka yang berhak.


Malangnya.Bukan perkara baru,sebagai meminta bukti kasih dan sayang dari si gadis,si teruna memujuk rayu,"kalau betul sayangkan saya buktikan!","kalau sungguh cintakan saya.tidur dgn saya",dan macam2 lagilah...


Justeru,sebagai lambang cinta si gadis pula,dgn penuh kasih sayang,sanggup serahkan diri,korbankan mahkota diri.Bertepuk soraklah syaitan laknatullah,sepasang anak cucu nabi adam tumbang dlm kancah kmaksiatan.Astaghfirullahalazim......


Inikah makna cinta?inikah makna kasih syg?adakah ini yg diajar oleh agama kita?

Bila yg haram dan halal dicmpuradukkan,manusia kian keliru.Mudah goyah dan cepat tewas dgn pujuk rayu.Siapa yg harus dipersalahkan?


Jgn menunding jari,muhasabah diri kita.Tak perlulah kita menghambakan diri,membuta tuli menjadikan barat sebagai kiblat kita.Jgn biarkan budaya kuning berleluasa dan berkuasa dlm diri kita.Usah gadaikan maruah,prinsip dan harga diri demi mengejar makna cinta yang salah.keseronokan yg sementara,kesengsaraan menanti di hadapan.


bercintalah,berkasih sayanglah tp ingat syurga Allah hanya bg mereka yg beriman kpd-Nya,jauhi larangan-Nya.Hidup di dunia hnya sementara,negeri akhirat e2 lah yg kekal abadi..
p/s: i luv islam

No comments:

Post a Comment