Thursday, April 29, 2010

huraian terhurai...

salam jumaat.....
saya tahu selepas balik dari solat jumaat,pasti na-Q bersusah payah untuk membuat huraian topik yang di'arah'kan oleh puan besar....hehe...niat saya baik...untuk menambahkan ilmu pengetahuan dia yang dah sedia banyak..bukan untuk menyusahkan dia...apatah lagi untuk menyerabutkan kepala dia....!!

saya tahu,kerja2 sebegini kacang saja pada dia...bukan susah sangat kan,na-Q...?!tambah2 dia pernah menyatakan minat nya dalam arena perdebatan bermula seawal umur 6 tahun.......patutla hebat sangat....

papepon,saya pun mengharapkan kemenangan berpihak pada pihak kami walaupun ia agak men'cuak'kan.......BBSYAH..!!

sampai demam?!

dua hari terbaring di atas tilam 'empuk' aspuri merupakan hari yang amat membosankan...hanya Allah saja yang tahu perasaan bosan saya...hari ahad dan isnin terbuang begitu sahaja...mujur ada t-syam yang menemani saya sepanjang tempoh ke'demam'an saya(kebetulan t-syam sakit belakang)...berbual-bual sampai rasa mual di tekak,kami akan tidur semula...kemudian bangun dan makan...mengantuk..kami akan tidur semula...bangun balik untuk mandi dan tidur semula....itulah rutin harian kami berdua dalam tempoh dua hari...

esoknya(selasa),saya dan tsyam ke sekolah...tapi t-syam pada pemerhatian saya,belum cukup sihat...kerana dia masih rasakan pusingan hebat pada otaknya....hehe....tapi saya,sudah hebat kerana mampu mengeluarkan puluhan ribu perkataan pada hari ini....

pada waktu rehat,saya dikejutkan oleh satu surat layang(bukan love letter yea)....
yang meminta saya berjumpa dengan Cg.Satima dengan segera...saya hampir berlari menuruni anak2 tangga thanawi 3A untuk ke bilik guru A....kononnya tidak mahu cikgu menunggu lama..pada masa tu saya memamg tak terfikir tentang apa yang akan diperkatakan cikgu,tapi di benak saya ligat berfikir tentang kesalahan2 disiplin yang mungkin saya lakukan diluar kesedaran saya.....MUNGKIN!!

tapi ternyata apa yang diberitahu langsung tidak bertepatan dengan apa yang saya fikirkan.....saya akan ke arena perdebatan peringkat menengah tinggi di IMTIAZ kuala terengganu pada bulan Mei ini...mungkin 7 dan 8 mei.......selepas rehat saya dan siti ke perpustakaan untuk berbincang....hinggalah masa balik dan kami ke perpustakaan semula pada 3.30 petang..kononnya untuk mencari isi.....tapi apa yang kami dapat cuma kosong...kami bukan mencari,kami berborak kosong..hehe

malamnya,'selepas solat isya',saya,siti,shakirah,ainur.kak trah dan t-syam ke dewan kerana disitulah tempat yang dijanjikan na-q untuk latihan.....tp malangnya dewan digunakan untuk latihan badminton..masa tu mata saya dah mula berkelabu,kepala saya mula ligat berputar dan badan saya mula melayang.......akhirnya saya mengundur diri untuk seketika kerana tidak tertahan dengan kadar gegaran otak saya pada skala ritcher yang tertinggi itu...dan saya KEMBALI DEMAM....huhu


p/s:terkejut agaknya...
p/s II:doakan kejayaa pasukan kami yea(",)

TAKZIAH

takziah buat adik usrah saya NURUL ALIA BINTI ZULKAFLI...diatas pemergian ayahanda tersayang....moga ALIA dan keluarga tabah mengharungi hidup tanpa yang tersayang disisi...moga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh...
~~al-fatihah~~

Saturday, April 10, 2010

kenapa susah sangat...??

beratus-ratus kali malah saya rasa beribu-ribu kali abah cuba ingat kan pada kami adik-beradik tentang pentingnya bersusah sekarang untuk bersenang nanti....tapi,ternyata adik2 saya hanya memekakkan telinga mereka....kenapa lah susah sangat nak belajar nie....bukak buku,bace je lah...nie tak.....bukak buku,mata pulak yang tutup......musykil2....

merata dulang paku serpih,mengata orang dia yang lebih..sebenarnya saya pun jenis yang macam tu gak.......asal bukak buku je mesti mata yang tertutup..entah penyakit apa ntah yang melanda kami adik-beradik...saya pun tak tahu...hehehehe.....

TINGKATAN 3
ingat lagi saya satu hari dalam perjalanan ke masjid abah nasihat kan saya supaya belajar betul2...sebagai anak sulung,tunjuk contoh yang baek untuk adik2....masa tu air mata saya memang dah mengalir....ntah la...mungkin saya terlalu sensitif waktu itu.....

TINGKATAN 5
abah terus mengingatkankan saya tentang pentingnya belajar....pentingnya jadi orang yang berilmu...saya akui saya memang terlalu malas untuk studi...harapkan cikgu mengajar dalam kelas ajelah...tu pon berapa kali mata saya tertutup....abah katakan SPM nie peluang terakhir selepas UPSR dan PMR........takkan nak kecewa lagi...??

TINGKATAN 6
abah terus-terusan menyuruh saya belajar lagi......belajar dan belajar dan belajar....!!saya dah terbiasa dengan nasihat2 abah.....kadang2 perkara yang sama saja yang diulang...iyelah,cakap sekali mane nak dengar....!tapi abah tak jemu2.....betapa nak nya anak dia berjaya....bukan sahaja di dunia tp di negeri akhirat juga....

**********************************************************

nasihat2 yang abah berikan tak mungkin akan saya lupakan...kerana tanpa nasihat abah,tak mungkin saya berada di sini...saya akan terus belajar seperti yang abah nakkan tapi bukan dalam uniform sekolah yang pastinya....hehe...


(^^,) Happy Belated Birthday to Abah..
Moga panjang umur dan dimurahkan segala rezeki buat abah~~
~~akak akan berusaha sehabis daya~~


p/s: memang dah terlambat tapi better dr tak wish langsung..!!

Friday, April 9, 2010

kita LEMAH SEMANGAT kerana kita hilang KEYAKINAN DIRI

Benar.....saya belajar bukanlah untuk mengejar SIJIL semata-mata....tapi saya belajar untuk mendapatkan ilmu kerana saya tahu ilmu yang saya dapat itu mampu membawa saya pergi lebih jauh dari orang lain...mampu membawa saya lebih mensyukuri nikmat...tapi KEYAKINAN DIRI saya menjadi batu penghalang untuk saya terus berjuang...

Saya menjadi kurang yakin dengan kemampuan diri saya...takut nanti saya pula yang kecewa....saya tahu Allah tak kan membebankan sesuatu dengan yang tak sanggup kita pikulkan...saya yakin dengan janji-Nya.....saya juga tahu belajar adalah JIHAD..!!dan jihad untuk meninggikan kalimah Allah di muka bumi-Nya ini...itu adalah tanggungjawab saya sebagai seorang muslim...tapi kenapa sesalan yang saya rasakan....

Ramai sahabat-sahabat saya yang menaikkan semangat saya,mereka katakan kita perlu husnu zon dengan ilmu..lebih2 lagi ilmu-ilmu agama nie...YA saya tahu...!!tapi kenapa syaitan masih memperbodohkan diri saya.............??adakah kerana hati saya penuh dengan titik2 hitam yang saya ciptakan sendiri.........................???seorang sahabat saya mengatakan ilmu adalah cahaya dan cahaya tidak akan masuk kedalam hati yang penuh dengan kemaksiatan.......(saya akan fikirkan)

mulai sekarang saya akan cuba betulkan niat dan matlamat saya........bukan pangkat dengan gaji yang besar di hari tua yang saya harapkan....tapi ilmu ukhrawi yang menjadi kepentingan utama...insyaallah dengan sokongan sahabat2 saya akan terus bertahan.....




p/s: rasa lah yang diri kita nie bertuah kerana dipilih untuk menuntut ilmu-Nya.....
p/s II: betulkan matlamat dan niat....i/allah Dia akan tolong kita...


Thursday, April 8, 2010

.:tazkiyyatun nafs:.

Suasana di Padang Masyhar

Setelah berada di Padang Mahsyar begitu lama dengan segala kepayahan barulah manusia teringat untuk meminta tolong kepada Nabi Adam a.s supaya disegerakan perbicaraan. Selepas 1000 tahun perjalanan, berjumpalah mereka dengan Nabi Adam a.s tetapi Nabi Adam a.s tidak dapat membantu.

Kemudian mereka berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s dengan perjalanan selama 1000 tahun namun Nabi Nuh a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa pula dengan Nabi Ibrahim a.s dengan perjalanan 1000 tahun juga namun Nabi Ibrahim a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Musa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Musa a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Isa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Isa a.s pun tidak mampu. Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad saw.

Lalu mereka berjumpa Nabi Muhammad saw dengan perjalanan 1000 tahun. Mereka berkata,


"Wahai Nabi Muhammad, engkau adalah Pesuruh ALLAH, penutup para Nabi & Rasul,
berilah pertolongan kepada kami agar kami segera dihisab."


J
awab Nabi Muhammad saw,

"Aku akan tolong kamu semua."

Rasulullah saw pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian Baginda sujud kepada
ALLAH YANG MAHA AGUNG dan GAGAH selama seminggu. ALLAH swt pun berfirman,

"Ya Muhammad, angkatlah kepalamu dan mintalah apa yang engkau mahu minta.
Aku akan kabulkan permintaanmu."


Rasulullah SAW menjawab,

"Wahai Tuhan, ini umatku, segerakan kiraan dan pengadilan ke atas hamba-hamba-MU yg telah sekian lama tertahan di Padang Mahsyar dalam keadaan terhina dan terseksa sekali."

Titian Sirat

Setelah selesai menjalani perbicaraan, mereka menuju pula ke titian yg terentang di atas Neraka Jahanam. Keadaan titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Tidak ada seorang pun terlepas daripada melintasi titian itu. Panjang titian itu sejauh perjalanan 3000 tahun, 1000 tahun naik ke atas, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun (1 tahun di akhirat = 365 ribu tahun di dunia). Mereka yang lalu di atasnya berada dalam keadaan senyap sunyi kerana terlalu bimbang dan cemas. Hanya Rasullullah saw yang mengucapkan kalimah,

" Ya ALLAH, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku."

Tingkatan Neraka

Neraka ada 7 tingkat iaitu neraka Hawiah, neraka Jahim, neraka Saqar, neraka Ladza, neraka Hutamah, neraka Sa'ir dan neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah neraka yg teratas sekali, untuk umat Muhammad saw yang sombong dan matinya tidak sempat bertaubat. Apabila Rasulullah saw mendengar Jibrail mengatakan neraka Jahanam untuk umat Rasulullah saw yang sombong, Baginda pengsan. Bila sudah sedar, Baginda bersabda,

"Wahai Jibrail, masih adakah antara umatku yang masuk neraka?

Jibrail menjawab,

"Ya, iaitu mereka yang melakukan dosa-dosa besar dengan sengaja seperti minum arak, judi, zina, riba', hasad dengki, pemarah, gila dunia, gila pangkat dan lain-lain."

Rasulullah saw pun menangis dan Jibrail pun ikut menangis sama.

Adakah kita sayangkan Rasulullah saw sepertimana
sayangnya Rasulullah saw kepada kita?



p/s: copy n paste dr i luv islam

ADAKAH INI UJIAN ALLAH BAGIKU?

dah lama rasanya saya biarkan blog saya....bagai layang2 terputus tali kononnya....hehe....

saya kini sudah sah menjadi calon STAM 2010.....walaupun hati saya masih belum dapat menerima sepenuhnya yang saya akan mengambil STAM akhir tahun ini...kadang2 saya fikir,saya yang keliru sebenarnya....bukan maen bagitau na-Q supaya dia kekal mengambil STAM...tapi akhirnya,saya yang terkeliru sendiri......

soalan Teacher Rahani masih lagi berlegar- legar di benak saya(chewah..!!)
"awak apply mane...??kate nak amek TESL...??"

teacher rahani merupakan salah satu guru yang rapat dengan saya...walaupun ramai yang berkongsi cerita kononnya teacher rahani seorang yang garang dan x sporting......iyelah...permata bagi kita tak semestinya permata bagi orang lain jugak kan....???
dengan tawar2 saya menjawab...

"x lah teacher...saya still kt sini...amek STAM..."

hati saya memang meronta2 dengan pertanyaan teacher...walaupun perasaan nie sebenarnya saya dah lama lontar kat lautan pasifik...ntah camane boleh tmbul semula....cinta saya terhadap bahasa arab mungkin tak sedalam cinta saya terhadap bahasa inggeris....saya tak pernah membenci bahasa arab...lebih2 lagi itu adalah bahasa syurga dan bahasa al-quran....tapi entah la.......sekarang apa yang saya harapkan ialah USTAZAH NAJWA mampu membuatkan hati saya terpaut dengan bahasa arab,...saya tahu akan ada pelbagai rintangan dalam menuntut agama allah nie...moga saya menjadi seorang yang mampu buat ummi dan abah tersenyum bangga dengan diri saya....ya ALLAH berkatilah hidupku....


p/s: cmne nak minat ngan b.arab nie.....??-somebody please leave your comments-