Thursday, April 29, 2010

sampai demam?!

dua hari terbaring di atas tilam 'empuk' aspuri merupakan hari yang amat membosankan...hanya Allah saja yang tahu perasaan bosan saya...hari ahad dan isnin terbuang begitu sahaja...mujur ada t-syam yang menemani saya sepanjang tempoh ke'demam'an saya(kebetulan t-syam sakit belakang)...berbual-bual sampai rasa mual di tekak,kami akan tidur semula...kemudian bangun dan makan...mengantuk..kami akan tidur semula...bangun balik untuk mandi dan tidur semula....itulah rutin harian kami berdua dalam tempoh dua hari...

esoknya(selasa),saya dan tsyam ke sekolah...tapi t-syam pada pemerhatian saya,belum cukup sihat...kerana dia masih rasakan pusingan hebat pada otaknya....hehe....tapi saya,sudah hebat kerana mampu mengeluarkan puluhan ribu perkataan pada hari ini....

pada waktu rehat,saya dikejutkan oleh satu surat layang(bukan love letter yea)....
yang meminta saya berjumpa dengan Cg.Satima dengan segera...saya hampir berlari menuruni anak2 tangga thanawi 3A untuk ke bilik guru A....kononnya tidak mahu cikgu menunggu lama..pada masa tu saya memamg tak terfikir tentang apa yang akan diperkatakan cikgu,tapi di benak saya ligat berfikir tentang kesalahan2 disiplin yang mungkin saya lakukan diluar kesedaran saya.....MUNGKIN!!

tapi ternyata apa yang diberitahu langsung tidak bertepatan dengan apa yang saya fikirkan.....saya akan ke arena perdebatan peringkat menengah tinggi di IMTIAZ kuala terengganu pada bulan Mei ini...mungkin 7 dan 8 mei.......selepas rehat saya dan siti ke perpustakaan untuk berbincang....hinggalah masa balik dan kami ke perpustakaan semula pada 3.30 petang..kononnya untuk mencari isi.....tapi apa yang kami dapat cuma kosong...kami bukan mencari,kami berborak kosong..hehe

malamnya,'selepas solat isya',saya,siti,shakirah,ainur.kak trah dan t-syam ke dewan kerana disitulah tempat yang dijanjikan na-q untuk latihan.....tp malangnya dewan digunakan untuk latihan badminton..masa tu mata saya dah mula berkelabu,kepala saya mula ligat berputar dan badan saya mula melayang.......akhirnya saya mengundur diri untuk seketika kerana tidak tertahan dengan kadar gegaran otak saya pada skala ritcher yang tertinggi itu...dan saya KEMBALI DEMAM....huhu


p/s:terkejut agaknya...
p/s II:doakan kejayaa pasukan kami yea(",)

2 comments:

  1. salam...insyaAllah menag nyer...debat nak menag senang jew macam sukan ah...byk berlatih,kawal pernafasan utk berucap kekgi n bnykkan membaca...dan yg penting bg ak lah...kte bnyakkan berfikir mengenai usul...dlu time ak msuk....sampai tgh makan,mandi,main,belajar,sembang,tidur...sokmo ade pikir sal tentang usul..insyaAllah bende tuu mampu menampakkan kte yakin apa yang kte bawa.....btw GUD LUCKKKKKKKKKKKKK.ak nak sgt dgr korang menang...sma maarif KALAH

    ReplyDelete
  2. eh...bkpe...?maarif dop penoh kaloh ke..??

    ReplyDelete