Saturday, June 26, 2010

kem syahadah berjalan lancar

salam memohon rahmat Allah..

24-26 jun merupakan tarikh yg amat bermakna bagi kami,pelajar2 stam thanawi dan 6 atas kerana berpeluang mengikuti kem luar dr kawasan sekolah...sebenarnya ber'kem' diluar kawasan sekolah amat susah bg kami pelajar2 thanawi,bkn tahun ini baru kami rasakan kesusahan itu,tapi dari thanawi 1 lg...........thanawi saya rasa bagai di anak tirikan oleh warga sekolah....saya juga masih bertemu dgn jawapan yang sebenar.....ade yg mengatakan result pelajar2 thanawi xgrand,ade juga yg mengatakan pelajar2 thanawi kolo
t.....dan bermcm2 lg la.......sy pon kurang pasti dgn yg sebenrnya...

sebelum tangan saya menaip sesuatu yang seakan keluar dr topik sebenar,baik saya segera sedarkan diri saya.....SEDAR!SEDAR!SEDAR!............................

hari khamis,24 jun 2010,saya dan 6 orang lagi sahabat saya masih berada di PLKP(pusat latihan kecemerlangan pelajar),Batu Rakit untuk meng'handle' satu kem dibawah Pembimbing Rakan Sebaya...memandangkan saya merupakan salah seorang ahli PRS,guru kaunselor mengamanahkan saya dan rakan2 untuk menjadi fasi......mulanya hati k
ami memang tidak bersetuju ke sana,tapi atas dasar tolong cikgu dan kesian kami ke sana akhirnya....

dan pada tarikh itu juga lah kami,calon stam akan ke sekayu...dengan rasa penat yang bersisa,kami kuatkan juga hati untuk ke sana...ber'kem' bersama2...

berapa jam perjalanan,saya kurang pasti kerana mata ini malu untuk terus melihat seawal perjalanan........heehe...tapi yg pasti,pihak ikhwan awal2 sampai dah terus terjun....adusss....macam dah berapa hari tak sentuh air...dan kami pihak akhowat ambil keputusan untuk berehat2 didalam bilik......tp dihati,allah saja yang tahu betapa rasa ingin terjun kedalam air itu membuak2...huhuhu(agak hiperbola)

oklah....rasanya tgn ini sudah penat menari2.....jd,biarlah gambar2 saja yg berbicara.... :)


akhirnya dapat juga kami merasa dinginnya air terjun sekayu....

study time..

syeikh Taha dan ustaz solihin
~menjaga pihak ikhwan~

malam terakhir kami

nasi goreng,ikan bakar,ayam bbq,jagung bakar,kueh2 dan macam2 lagi
~menjamu sambil mndengar nasyid dr ikhwan~

keyakinan itu penting~~

salam..
seperti yg telah dijanjikan pada hari sebelum ini,sy ingin sekali meletakkan gambar kenangan yang mungkin tdk dpt sy lupakan...Musabaqah akhir di IMTIAZ kuala terengganu...saya dan 3 orang rakan saya(murdhiyah,pejah dan apih)telah mewakili sekolah untuk pertandingan bahas...walaupun kami semua masih baru lagi,tp kami berani mencuba...pada mulanya mmg sy tdk berpuas hati dengan pemilihan saya sebagai salah seorang drpd peserta bahas,tapi pujukan murdhiyah dan rasa kasihan saya teruskan juga dengan mengumpulkan seluruh kekuatan yang ada dalam diri saya...dan alhamdulillah kami telah melakukan yang terbaik waaupun hanya memegang title sebagai naib JOHAN....tapi saya percaya ini adalah kenangan yang terindah dalam hidup saya dan mereka ber3......moga di laen masa dapat lagi kita berada diatas pentas perbahasan...i/Allah...

di saat2 akhir,saya menerima tunjuk ajar daripada seseorang yang saya kira sebagai jaguh perdebatan dan perbahasan kerana beliau telah beberapa kali bergelar johan...tapi apa yang kurang meyakinkan saya pada saat itu adalah kata2 yang dikeluarkan...mungkin di luar kesedaran dia,tapi tak perlu sampai memperkecil-kecilkan seseorang.....sehingga sanggup mengatakan

"kalau saya masuk dopla susah gini op...?"

ikhlas saya katakan,kadang2 saya terpaksa berpura2 menjaga hati saya walaupun hakikatnya hati ini bagai disiat2...

apa2 pun saya bersyukur kerana saya dapat melakukan yang terbaek....

menteri 1 : muhammad hafiz aminuddin
menteri 2 : siti murdhiyah
menteri 3 : nurul nazirah
simpanan : amirah faizah
[kami di pihak kerajaan]



menteri pertama mencadangkan usul

debaran~~

kami telah melakukan yg terbaek..percayalah!!

seusai tugasan mencadang dan membidas hujah

teacher yang memberikan kata2 semangat
maaf tak dpt apa yg diimpikan~~

Friday, June 4, 2010

::pernah diri ini bertanya::

sedang sibuk2 mengemas buku2 didalam bilik saya tiba2 terjumpa beberapa helai kertas yang pernah saya coretkan sesuatu diatasnya suatu masa dulu....jadi saya ambik kesempetan ini untuk berkongsi..walapun saya tahu ini tidak lah setanding anda2 semua....but it was a go0d try 4 mE....=)



pernah diri ini bertanya pada sekeping hati
adakah kewujudan ini
mempunyai maksud tersendiri..?
atau sekadar memenuhi muka bumi..!!

pernah diri ini bertanya pada sekeping hati
adakah kehadiran ini pernah menyakiti hati..?
atau sekadar pelengkap diri

pernah hati ini bertanya pada sekeping hati
adakah diri ini untuk diuji
atau hanya dibiarkan seorang diri

pernah
sekeping hati ini pernah menjawab

dirimu ini wujud kerna punya maksud tersendiri
untuk menjadi pelengkap diri seorang yang telah dijanji
hanya sesekali diri ini diuji
untuk mengetahui sejauh mana ketabahan hati
mungkin juga untuk menguji keikhlasan diri....

~~4.15 p.m.~~
2008