Saturday, August 21, 2010

musim penuh kesibukan

asslamualaikum kpd yg masih lg membaca blog saya yang tak seberapa mana...

kebanyakan blog sahabat2 saya,saya lihat blog mereka lebih kepada untuk nota2,tazkirah2,info2...tapi saya hanyalah sekadar coretan hidup yang mungkin akan menjadi kenangan kepada saya dan keluarga suatu hari nanti...saya tidak menyalahkan mana2 pihak terutamanya followers2 saya jika mereka rasa tiada input yang mereka dapat dengan men'skodeng' blog saya....takpelah....

sedar tak sedar,hari ini dah 12 hari kita berpuasa...fasa pertama(rahmat) sudah pun berlalu,dan kini kita sudah di fasa ke-2(maghfirah) dan sedang menanti fasa ke-3(pelepasan dr api neraka)..
apa khabar iman kita agaknya..?adakah masih di takuk lama..?atau mungkin sedang di'renovete'kan...?itu,biarlah diri kita sendiri yang menentukan....

mungkin dah lama blog ini dibiarkan.....sejak tok meninggal,blog ini pun seakan sunyi...bukan masih bersedih tapi idea seakan turut mati....ditambah pula dengan ke'jeles'an masa terhadap diri saya...hehe

kenapa saya katakan musim ini penuh dengan kesibukan...??yang pasti bukan kesibukan yang saya sendiri ciptakan,tapi imtihan masih belum lagi dipenghujung...bermula dengan syafawi syahadah,syafawi STAM,pertengahan tahun,Syahadah Thanawi dan kini,saya sedang berjuang untuk imtihan yang agak penting pada saya : Percubaan STAM....yang telah bermula pada 16 ogos 2010 dan akan berakhir pada minggu ini 25 ogos 2010....

keputusan setiap imtihan masih belum dapat memuaskan saya apatah lagi meyakinkan saya untuk melanjutkan pelajaran di Timur Tengah suatu hari nanti....tapi semakin hari,semakin ramai pula sahabat2,dan kenalan2 ummi dan abah yang mengatakan "rugila kalau tak ke mesir"......

ape2 pun insyaAllah saya akan lakukan istikharah...untuk menentukan semuanya...
semalam saya ada ber'chatting' dengan seorang kenalan saya (kak inda hanum) yang kini sedang melanjutkan pelajaran di University of Michigan,US (double degree) dalam kos engineering + islamic studies...sebenarnya universiti ini yang menjadi pilihan saya untuk melanjutkan pelajaran dalam ISLAMIC STUDIES selepas ini......sudah saya nyatakan hasrat ini pada abah dan ummi...tapi kata putus belum saya terima...

saya tanyakan pendapat kak inda....dan ini jawapannya:

"personally i think kalau ada options lain utk islamic studies, tak perlu ke US. Sbb kat sini diorg lebih focus to methodology drp substance. Maybe utk main studies, boleh pegi ke tempat yg lebih focused on learning from the primary sources.."

pastu dia tanya lagi:
"ok.let me ask u,
1. kenapa nak ke US?
2. the reason why nak study Islamic Studies? "

dan jawapan nya sudah saya berikan...

apa agaknya pendapat anda2 semua...??boleh tak tinggal komen yang membina sikit....??!!
~~mengharap.....


permata untuk isteri

salam readers....


sedang asyik membaca blog ummi,saya terdengar satu lagu..mungkin lagu nie dah lama,tapi saya seakan meminati lagu ini...(sekarang... :D )



ini liriknya:



Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutam
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteriKu ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku




sesiapa yang berminat jugak,ini link nyea....