Thursday, December 30, 2010

Pelajar UIA mimpi bertemu Rasulullah

sahabat2>luangkan sikit masa baca artikel nie jika benar2 kita sygkan baginda NABI
Bismillahirrahmanirrahim.....
Oleh Muhammad Harmain Bin Palal pada pada 15hb Oktober 2010 pukul 10.56 ptg
Assalamualaikum w.b.t
Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W
Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..
Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat berharga dari seorang insan yang dipilih Allah untuk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.
Yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini untuk menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dengan ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.
Akak ni memang diuji dengan sakit yang tak tahu apa punca sejak lebih setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dengan membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yang berterusan menyakiti diri. Diceritakan makhluk-makhluk halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat untuk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi untuk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yang digagahkan, beliau ke bilik air untuk berwudhu’ dengan memapah dinding dan segala apa yang mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yang menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yang mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat daripada Rasulullah s.a.w. sendiri..”
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat-sahabatnya telah pun ‘forward message’ pada rakan-rakan yang lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dengan nombor telefon ahli keluarganya untuk dihubungi kiranya ada apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dengan tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah…Indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapakah orang ini? Cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yang ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”
Subhanallah..Baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dengan jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tapi diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dengan sakit yang enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran yang enti pelihara di dalam hati, maka Allah bukakan hijab untuk enti nampak ana..”
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir untuk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dengan Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dengan ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan-rakan yang turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kepada para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yang mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi kerana kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yang dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yang lebih tinggi daripada kalimah Alhamdulillah untuk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yang begitu besar yang Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dengan ujian yang hanya sedikit berbanding insan-insan yang lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi dari Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yang melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk kesakitan ini.
Usai solat Zuhur, rasa sakit yang ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yang sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri untuk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yang aku tanggung ini berbanding nikmat yang Allah telah bagi untuk melihat Baginda Nabi s.a.w..”
Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yang biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yang hendak Engkau berikan buat hambamu yang hina ini, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dengan izin Allah, datang empat orang yang berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan Salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakar, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakar memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yang mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakar yang amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dengan wajah tegasnya, Saidina Uthman yang cantik sekali dan Saidina ‘Ali yang agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi untuk membantu enti..” Kemudian keempat-empat mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:
“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yang diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu..”
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah..Waktu itu terus terasa seolah-olah tubuhnya yang sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dengan tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan yang setahun lebih ditanggung beliau dengan sabar. Saidina Abu Bakar mengatakan;
“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus duduk. Rakan-rakan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan mudah. Kemudian sahabatnya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan Alhamdulillah..Dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya diberi tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yang bersyukur atas nikmat yang telah Engkau berikan..”
Beliau berpesan pada kami;
“Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk saja dalam bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yang mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin, kan. Mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”
Keperibadiannya indah. Cerminan Al-Quran katanya ‘Aisyah ra.
Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan…
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul dalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidaknmereka senangi di wajah Rasulullah s.a.w. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)
Sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sebagai ummat nabi Muhammad S.A.W… Banyakkanlah berselawat dan mendengar zikir.. InsyaAllah kita semua akan mendapat syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’ alam..
Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i’tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini.
Dipetik daripada: http://on.fb.me/eaKO8z
Wallahualam.....

Wednesday, December 29, 2010

cinta ke syurga-Nya

السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

hari ini 29/12/2010 = 23 muharram 1432

genaplah 19 tahun usia perkahwinan ummi dan abah...moga ummi dan abah sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayangnya..

~terima kasih kerana melahirkan mujahid dan mujahidah yang akan sentiasa memperjuangkan kalimah-Nya~


HAPPY 19TH ANNIVERSARY TO UMMI n ABAH

MASJID pertama ~

salam...

masjid pertama..?
ye masjid pertama....hehe..xde kaitan pon dengan saya baru dapat projek dari Bari**n Nas****l ke,saya nk wakafkan tanah utk buat masjid ke ape ke...

masjid pertama yang dimaksudkan disini ialah masjidlah..hahha

ok2...ape2 pon saya nak ucapkan barakallahulakuma wa jama'a bainakuma fil khoir buat sahabat saya yang pertama dan yang solehah,NORBADRIAH BT MOHD HAMDAN LOONG yang selamat dijabkabulkan dengan seorang lelaki soleh insyaallah,HASSAN ABD.MALIK BIN ZAKARIA pada 26/12/2010 = 19 muharram 1432 hijrah(ahad)...moga 'masjid' yg dibina ini kekal ke jannah-Nya...ameEn..





p/s : maaf ye k.bad..xdpt hadirkan diri sbb masih di Melaka pada hari itu...sedih xdpt pegi
p/s II : nanti ramai lah tu yg nk ikut jejak..~tunggu ye k.bad~anda bkn keseorangan...

POD mystery drive 2010

salam semua..

+hari jumaat minggu lepas = 24/12/2010,keluarga saya telah terpilih oleh Petronas utk join mystery drive ke    melaka..sebenarnya utk join mystery drive ni kena ikut giliran..kalau last year da pergi,this year mmg xleh pegi..sbb ape..?sbb terlalu ramai keluarga yang nk join mystery drive ni....taun ni 180 famili yg join plus keluarga Marshal yg ntah berapa ramai..

+mystery drive ni lebih kurang cm explorace la...on the way nk smpai destinasi tu,kene cari mcm2 jawapan utk klu yang diberikan,jwb teka-teki,cari harta karun..
dan ini suasana mencari jawapan kpd segala soalan

+esoknya kami ke melaka wonderland...mandi2..hitamkan muka..hehehe...
+mlm nya pulak ade Gala Night...muka semua dah hitam..kaler tema plak MERAH...pergh lebam abeesss...

otw ke Melaka
no kereta/pendaftaran kami : 100

sibuk mencari jawapan
saling 'bekerjasama' dlm mencari jawapan 
tiba di Puteri Resort Hotel,Ayer Keroh,Melaka
tunggu kunci bilik
ke melaka wonderland~mandi a.k.a hitamkan muka
adik yang takutkan air (@_@)
merah
merah~
merah lagi~




Tuesday, December 28, 2010

nama-nama syaitan dalam surah al-Fatihah

Assalamualaikum! 

Semoga boleh dimanfaatkan bersama. Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu, perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.
Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam surah Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

 Nama-nama SYAITAN tersebut:-

1) DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH,

2) HIRROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB,

3) KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU,

4) KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK,

5) KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS,

6)Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan!!!!"

7) SIROTHOLLAZI.......... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

8) AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA... 2 harakat, MIN... 2/4/5 harakat.
Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat,Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa memperbaiki bacaannya.



p/s : Sebarkanlah hukum Allah walaupun satu ayatsemoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah.
        Wassalam
p/s II : di copy dr sini



Wednesday, December 22, 2010

kerana ku mencintaimu,ku ingin bersama2 ke syurga

[saya copy artikel ni dr sini]

"tak mungkin ku biarkn dirimu terus hanyut dalam keasyikan dunia...andai diizinkn ku menghidu haruman firdausi, ku tak ingin sendirian...ku ingin kau di sisi menemani...seiring melangkah menikmati nikmat di syurga...

ku juga diciptakan dari tanah….sama seperti mu…tiada sebarang kesempurnaan…penuh kelemahan dan kedaifan…tiada yang lebih sempurna melainkan Allah dan rasulNya….


andai diri ini tersalah langkah, jangan biarkan ku terus tersungkur...pimpinlah tanganku menyusur jalan yang benar...kembali bertaut pada taliNya…bantulah daku agar kau tidak di soal mengapa membiarkan ku terus dalam kekhilafan...


jelas firman Nya dalam mukjizat terbesar junjungan tercinta yang telah membawa rahmat keseluruh alam…“bertolong-tolonglah kamu dalam kebaikan dan taqwa…dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam membuat dosa dan permusuhan…”(al-maidah : 2)


di ‘sana’ nanti kita akan dipersoalkan dengan segala apa yang telah kita lakukan di dunia…sama ada saling berkompromi dalam kebaikan atau keburukan…di dunia, kita boleh memilih jalan…baik atau buruk…akan tetapi…ingatlah….di ‘sana’ nanti kita tiada pilihan…jalan yang kita pilih di dunia yang akan memimpin kita…menjadi penyebab beradanya kita dalam ‘kenikmatan’ atau ‘azab’ yang tidak terperi seksanya…na’uzubillah…


semalam mungkin ku boleh menutup mata dengan apa yang telah berlaku…tapi hati ku marah pada diri…kenapa tidak mengatakan yang hak…ku risau kerana mungkin kelancangan ku berbicara akan menjauhkan jarak antara kita…mungkin itu hakikat yang terpaksa ku terima di dunia kerana ku mahu kau terus di sisiku andai ku diizinkan melangkah ke firdausi…dan mungkin juga tamparan itu yang harus ku terima kerana ku tidak mahu di soal di hapadan hakim yang Maha Besar kerana membiarkan diri mu terus leka diulik mimpi yang tiada kesudahan…

tapi mulai saat dan detik ini, ku harus bertegas…ku tidak boleh membiarkan diri mu terus dalam keasyikan dan keseronokan dunia yang hanya sementara ini…walaupun mungkin selepas ini kau tidak mahu menatap dua mata ku…ku redha…mungkin itu takdir yang terbaik buatku…apa yang ku lakukan ini adalah kerana cinta ku pada mu…cinta kerana Allah…kerana kasih dan sayang yang telah kita bina selama ini…

setiap sesuatu ada had dan batasnya…mungkin ada sesetengah perkara, masih boleh dirundingkan…ada juga perkara yang tidak boleh untuk di ‘tawar-menawar’ kerana hal itu telah jelas, terang lagi bersuluh…tidak mungkin dapat di ubah hingga sangka kala ditiup di hujung hayat dunia ini…


mari kita amati dan memahami...kalam suci yang di wahyukan kepada baginda nabi SAW...walaupun dalam bahasa arab...kita bisa membaca terjemahannya...kepada golongan an-nisa’...banyak peringatan dari nabi...banyak perintah dari Allah...semuanya bagi menjaga maslahah yang berkaitan dengan wanita...

dalam Al-quran jelas digariskan... “sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu” (al-a’araaf : 26)...ya...itulah yang ku ingin bicarakan...Allah tidak akan menjadikan sesuatu dengan sia-sia...setiap sesuatu pasti ada sebab musababnya...


sekali lagi ingin ku tegaskan...ku juga makhluk tuhan seperti mu...diciptakan dari tanah dan akan kembali juga ke tanah...diri ku juga dibaluti 1001 kelemahan dan kesilapan...lantaran itu, ku pinta diri mu untuk membantuku kembali kepada paksi kebenaran...dirimu umpama cermin buatku...andai tergaris kecacatan yang ku lakukan yang boleh mencalarkan maruah Islam dan membelakangkan syariatNya...bukan ku sekadar memohon malahan ku merayu agar menarik ku kembali pada jalan yang diredhaiNya...


diri mu yang ku sayangi....ketahuilah dalam Islam cantik dicorakkan cara pergaulan, berpakaian dan segala sudut yang sentiasa bermain dalam senario kehidupan manusia...di sini ku hanya ingin ‘berbincang’ tentang berpakaian semasa kita bukan bersama-sama mereka yang halal bagi kita...bagaimana untuk kita berdepan mengikut ajaran agama Allah yang satu ini...tentang helai kain yang sentiasa membaluti anggota tubuh kita dari hujung rambut hingga hujung kaki...


sekali lagi ku ingin membawa dirimu merenung nas yang datangnya dari kalamullah yang tidak boleh dipertikaikan sehingga terbit matahari di barat... “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka...” (al-ahzab : 59)...apa yang boleh ditafsirkan dari ayat di atas...Allah menyeru supaya menutupi seluruh tubuh badan dengan pakaian...!!!ku ingin menarik minda mu agar berfikir sejenak, mengapa Dia menyariatkan sedemikian...mengapa kita perlu bertudung, berpakaian...mengapa...??? semuanya kerana tubuh kita adalah aurat...!!!bukan untuk menjadi tatapan umum...bukan menjadi tatapan untuk memancing nafsu-nafsu jahat....


tetapi semua itu bukanlah sewenang-wenangnya untuk kita laksanakan...ada garis dan panduannya yang tertentu...ayat Al-quran tersebut kemudianya dijelaskan oleh kekasih Allah...cara berpakaian : tidak lah ketat sehingga menampakkan susuk tubuh, tidak jarang hingga boleh menampakkan kulit atau bentuk badan, tidak menyerupai pakaian orang kafir...


ku ingin mengetuk mindamu...supaya kita dapat bersama-sama berfikir...mengapa syarat sedemikian ditetapkan...???.. kita harus ingat...hawa diciptakan untuk menemani adam yang kesunyian ketika di syurga dahulu...dan dalam hadith juga ada disebut, wanita adalah hiasan dunia...apa kaitan dua perkara ini...???


baiklah...mari kita sama-sama fikirkan...adakah akan indah dunia ini jika hanya kaum adam yang tercipta...??? Allah itu Maha Mengetahui...oleh sebab itu kaum hawa diciptakan...dengan ini juga manusia dapat berkembang biak di muka bumi...


sudah berkali kita dengar...adam, akalnya sembilan dan nafsunya satu...apakah yang satu itu...??? maklum sudah jawapannya, berkeinginan kepada hawa...kerana itu Allah menciptakan kaum hawa dengan begitu kompleks...penuh ‘kesenian’...kerana wanita adalah hiasan dunia...mengindahkan ‘dunia’ kaum adam...tapi harus diingat bahawa sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah...segala yang kita lakukan dan kita mahukan pasti kita ingin yang terbaik agar hasil yang kita peroleh adalah yang terbaik...


bagaimana mahu menjadi yang terbaik...??? marilah kita kembali kepada apa yang telah diperintahkan Allah...tutuplah aurat sesempurna mungkin sepertimana yang di ajar rasul...!!! jika difikir...caranya mudah dan tidak memerlukan belanja yang berjuta-juta...tidak memeningkan kepala dan tidak lansung merumitkan...pakailah apa pun yang kita kehendaki tapi jangan sesekali meninggalkan ‘syarat-syarat’ yang digariskan dalam Islam...Islam itu mudah dan tidak memudaratkan penganutnya...Islam itu sempurna tanpa perlu kita menokok tambah...


dan termasuk dalam syariat berpakaian ini juga adalah memakai jilbab atau lebih dikenali memakai tudung...turut mempunyai syarat dan peraturannya...tudung itu mestilah tidak jarang, tidak mengikut bentuk, sehingga boleh menampakkan bentuk leher dan kepala, dan tidak pendek dan menutupi dada....



bukan Allah nak menyusahkan hamba-hambanya...bukan nabi nak menyulitkan umatnya...semuanya kerana sayangnya Allah kepada kita dan cintanya Nabi kepada umatnya... segalanya pasti ada 1001 hikmah yang mungkin tak dapat kita rungkaikan...


betapa manusia alpa dan leka...Allah menegaskan lagi dalam firmanNya melalui lisan rasulNya...“ Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)...” (an-nur : 31)...dalam ayat ini boleh ditafsirkan, wanita wajib untuk memakai tudung ketika berhadapan dengan mereka yang tidak halal baginya...siapa...??? lelaki ajnabi...lelaki yang bukan mahram kita..lelaki yang kita boleh berkahwin dengannya...


kenapa perlu sampai ke paras dada yang Allah tetapkan...???kita renung kembali apa yang telah tertulis sebelum ini...wanita diciptakan dengan penuh ‘kesenian’...apa yang kaum hawa ada, kaum adam tidak miliki...fizikal kaum adam tidak sama dengan kaum hawa...pasti mengerti apa yang cuba ku maksudkan...bukan untuk mengaibkan tetapi ini adalah fakta...kerana ianya aib, maka wajib menutupinya....


bahagian dada wanita merupakan salah satu penarik kepada kaum adam....kerana sebab demikian, Allah mewajibkan kaum hawa melabuhkan tudung hingga ke dada...ini bagi megelakkan pandangan kaum adam ‘dipancing’ dengan ‘ciptaan terindah’ daripada Allah itu...besar dosanya jika kita ‘berjaya’ memancing syahwat kaum adam yang tidak halal bagi kita... 1001 bahaya yang telah ‘ditempah’...


labuhkanlah tudungmu hingga menutupi dadamu...simpanlah ‘khazanah’ itu sebaik-baiknya...bukan dijadikan tatapan umum sehingga hilang nilainya...sesuatu yang lebih tertutup dan terpelihara itu lebih bernilai dan lebih baik...biarlah menjadi sebuah rahsia hingga boleh diungkapkan mereka yang benar-benar berhak sahaja...


jika kita mahu yang terbaik dan mendapatkan hasil yang terbaik....kita perlu menjadi yang terbaik...hukum dunia...hanya mereka yang terbaik sahaja yang akan memiliki yang terbaik...

diri mu yang ku sayangi....ingatlah diri mu amat berharga...jaga dan peliharalah sebaik mungkin...kita hanya hidup sekali di dunia ini...tidak untuk kali kedua...tidak untuk kali ketiga...selapas kematian kita, kita tidak akan dapat mengubah apa-apa yang telah tercatat di kitab amalan kita...tidak ada istilah ‘delete’, ‘cut’, ‘padam’ atau ‘liquid’...

sebelum kita dipanggil menghadap Rabbul ‘Izzati...marilah kita sediakan diri sebaik mungkin...ikut dan patuh pada syariatNya...laksanakan segala perintahNya...tinggalkan semua laranganNya...agar kita sama-sama dapat menghidu haruman firdausi dan menjejak kaki dalam tempat yang tidak tergambar nikmatnya...





Tuesday, December 7, 2010

ahmad SYAUQI

salaamu'alaikum w.b.t...

entah kenapa,tiba2 ligat berputar di otak saya,satu  bait syair yang 'indah'....syair ni di karang oleh Syeikh Ahmad Syauqi..penyair terkenal...saya amat meminati namanya..SYAUQI bererti KERINDUANKU.. teringat saya kata ustazah wan farisah..katanya : "penghulu segala nabi tentulah junjungan besar kita,Nabi Muhammad...tapi kalau penyair ni,penghulunya ahmad syauqi ni lah.."

ustazah wan farisah merupakan seorang guru bg salah satu madah STAM yang dianggap 'killer subject' @subjek pembunuh....sebenarnya madah ADAB NUSUS nie bukanlah satu madah yang amat payah pon (hanya menyedapkan hati)hehe....madah nie lebih kurang dgn subjek sejarah yang kita belajar dari form 1 hingga form 5 tulah...tapi isi xsama lah..yang sama nya 'sejarah' di dlm buku tu lah....banyak kena hafal...adab 2 era yang bahasanya agak tinggi,tokoh2.syair2 yang susah nak disebut....

sehinggakan time trial STAM pon madah nie lah yang rasib...madah ni lah penyebab kena ambil pereksa balik sebab nak naik pentas untuk graduasi...kalau tak,tak merasalah graduasi tahun ni..

saya tak salahkan isi kandungan madah ni sampai menyebabkan result saya jatuh..tapi perasaan tak ambik kisah dan malas menghafal membuatkan saya semua nya jd cmni...

hati mana yang tak kisah dengan result yang masih di tahap rasib pada peringkat trial..?huh....pada masa nilah saya rasakan saya amat meminati madah ni..ADAB DAN NUSUS....setiap masa dengan nota adab nusus...hafal semua....tak kira lah yg di'spot'ke...yang tak di'spot' ke....semua saya telan...hehehe..niat di hati walau tak dapat mumtaz pon,jayyid pon jadilah...asal tak rasib sudah..hehehe

eh2.....
nak cerita pasal syair,'ter'cerita pasal madah nie pulak...
ok2 straight to da point ya.....!
syair ni kami panggil 'rimun'....bukan sebab tajuk dia yg 'rimun'...tp awal bait syair dia yang 'rimun'....(paham ke tak nie..?)
hah..!satu lagi...kalau time tasmi' , pasti syair ini dulu yang di baca...pertamanya sebab syair ni agak 'jiwang'..kedua sebab syair nie agak pendek dr syair2 yang lain...

oklah....ini dia bait2 syair yang indah itu...cewah..!



ريم على القاع بين البان و العلم * أحل سفك دمى في الأشهر الحرمِ
seekor kijang putih di tanah landai di antara pepohon Alban dan bukit,
bolehkah aku menumpahkan darahku di bulan haram ini..?

رمى القضاء بعيني جؤذر أسدا * يا ساكن القاع أدرك سكن الأجم
kedua mata anak seladang melontar jelingan kepada singa,
wahai penghuni tanah rata(kijang putih),dapatkanlah penghuni ppohon rimbun(singa)ini

لمّا رنا حدّثتني النفس قاىلة * يا ويح جنبك بالسهم المصيب رمي
semasa aku merenungnya,perasaanku telah membisikkan kata,
aduhai rusukmu telah pun terkena lontaran panah

جحدتها وكتمت السهم في كبدي * جرح الأحبّة عند غير ذي ألم
ku nafikan dan ku sembunyikan panahan itu di hati ini,
luka percintaan tidak ada kesakitannya....


p/s : moga result utk madah adab nusus ni dapat selain RASIB..
p/s II : pandai baca x...?kalau tak boleh cepat2 daftarkan diri jd calon STAM untuk tahun depan,...hahaha

~8dis/1.42p.m.~


Monday, December 6, 2010

MAAL HIJRAH

alhamdulillah,
setinggi2 kesyukuran saya panjatkan ke hadrat yang Esa kerana masih lagi memberi ruang dan peluang untuk saya dan anda semua menghirup udara tahun baru hijrah ini...

hari ni sama dengan hari2 yang sebelum nie....bangun tidur,mandi,gosok gigi,makan,solat,doa...xde ape yang istimewa..tapi entah kenapa,hati saya benar2 terusik dengan kiriman SMS dr sahabat saya ketika mata saya sedang enak2 menonton TV...

katanya:

"aku selalu ingin sahabatku itu tahu,
 yang aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaan ku,
 tidak lain adalah kerana ALLAH..


 aku ingin sahabatku itu selalu mengerti,
 yang aku butuh doa darinya,
 agar tetap kakiku di jalan ini..


 aku ingin sahabatku selalu faham,
 aku punya banyak kelemahan,
 yg terkadang mungkin melukai & membuatkan dia x senang denganku..


 jd wahai sahabatku yg dirimu sntiasa di hati,
 ampunilah tiap khilafku,
 mngkin xmampu utk aku hilangkan parut luka dihatimu,
 tp aku sntiasa berharap utk mnjadi sahabat yg setia disisi,
 dlm payah dan senangmu,
 kerana persahabatan kita tertaut demi cinta-Nya.."


~syukran yea sahabat...mohon maaf atas kekhilafanku...
~moga ukhuwah kita ini ke jannah-Nya..ameEn (^_^)





p/s : moga diri ini sentiasa berubah seperti transformers..!!hayyak...!!
p/s II : sama2 tajdid iman dan niat
p/s III : takziah diucapkan kepada abah dan ummi  abah sahaja diatas keremukan kereta hasil drpd perlanggaran dengan lori ~~moga abah tabah...(T___T)


Thursday, December 2, 2010

moga aku SYAHID


Hadits Rasulullah SAW,yang diriwayatkan oleh Hakim, Khatib,Ibnu Asakir,dan Dailami : “Barang siapa yang jatuh cinta (kepada lawan jenis), kemudian dia tetap menjaga kesucian dirinya dan menyembunyikan rasa cintanya, lalu mati, maka dia mati syahid,”