Wednesday, December 22, 2010

kerana ku mencintaimu,ku ingin bersama2 ke syurga

[saya copy artikel ni dr sini]

"tak mungkin ku biarkn dirimu terus hanyut dalam keasyikan dunia...andai diizinkn ku menghidu haruman firdausi, ku tak ingin sendirian...ku ingin kau di sisi menemani...seiring melangkah menikmati nikmat di syurga...

ku juga diciptakan dari tanah….sama seperti mu…tiada sebarang kesempurnaan…penuh kelemahan dan kedaifan…tiada yang lebih sempurna melainkan Allah dan rasulNya….


andai diri ini tersalah langkah, jangan biarkan ku terus tersungkur...pimpinlah tanganku menyusur jalan yang benar...kembali bertaut pada taliNya…bantulah daku agar kau tidak di soal mengapa membiarkan ku terus dalam kekhilafan...


jelas firman Nya dalam mukjizat terbesar junjungan tercinta yang telah membawa rahmat keseluruh alam…“bertolong-tolonglah kamu dalam kebaikan dan taqwa…dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam membuat dosa dan permusuhan…”(al-maidah : 2)


di ‘sana’ nanti kita akan dipersoalkan dengan segala apa yang telah kita lakukan di dunia…sama ada saling berkompromi dalam kebaikan atau keburukan…di dunia, kita boleh memilih jalan…baik atau buruk…akan tetapi…ingatlah….di ‘sana’ nanti kita tiada pilihan…jalan yang kita pilih di dunia yang akan memimpin kita…menjadi penyebab beradanya kita dalam ‘kenikmatan’ atau ‘azab’ yang tidak terperi seksanya…na’uzubillah…


semalam mungkin ku boleh menutup mata dengan apa yang telah berlaku…tapi hati ku marah pada diri…kenapa tidak mengatakan yang hak…ku risau kerana mungkin kelancangan ku berbicara akan menjauhkan jarak antara kita…mungkin itu hakikat yang terpaksa ku terima di dunia kerana ku mahu kau terus di sisiku andai ku diizinkan melangkah ke firdausi…dan mungkin juga tamparan itu yang harus ku terima kerana ku tidak mahu di soal di hapadan hakim yang Maha Besar kerana membiarkan diri mu terus leka diulik mimpi yang tiada kesudahan…

tapi mulai saat dan detik ini, ku harus bertegas…ku tidak boleh membiarkan diri mu terus dalam keasyikan dan keseronokan dunia yang hanya sementara ini…walaupun mungkin selepas ini kau tidak mahu menatap dua mata ku…ku redha…mungkin itu takdir yang terbaik buatku…apa yang ku lakukan ini adalah kerana cinta ku pada mu…cinta kerana Allah…kerana kasih dan sayang yang telah kita bina selama ini…

setiap sesuatu ada had dan batasnya…mungkin ada sesetengah perkara, masih boleh dirundingkan…ada juga perkara yang tidak boleh untuk di ‘tawar-menawar’ kerana hal itu telah jelas, terang lagi bersuluh…tidak mungkin dapat di ubah hingga sangka kala ditiup di hujung hayat dunia ini…


mari kita amati dan memahami...kalam suci yang di wahyukan kepada baginda nabi SAW...walaupun dalam bahasa arab...kita bisa membaca terjemahannya...kepada golongan an-nisa’...banyak peringatan dari nabi...banyak perintah dari Allah...semuanya bagi menjaga maslahah yang berkaitan dengan wanita...

dalam Al-quran jelas digariskan... “sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu” (al-a’araaf : 26)...ya...itulah yang ku ingin bicarakan...Allah tidak akan menjadikan sesuatu dengan sia-sia...setiap sesuatu pasti ada sebab musababnya...


sekali lagi ingin ku tegaskan...ku juga makhluk tuhan seperti mu...diciptakan dari tanah dan akan kembali juga ke tanah...diri ku juga dibaluti 1001 kelemahan dan kesilapan...lantaran itu, ku pinta diri mu untuk membantuku kembali kepada paksi kebenaran...dirimu umpama cermin buatku...andai tergaris kecacatan yang ku lakukan yang boleh mencalarkan maruah Islam dan membelakangkan syariatNya...bukan ku sekadar memohon malahan ku merayu agar menarik ku kembali pada jalan yang diredhaiNya...


diri mu yang ku sayangi....ketahuilah dalam Islam cantik dicorakkan cara pergaulan, berpakaian dan segala sudut yang sentiasa bermain dalam senario kehidupan manusia...di sini ku hanya ingin ‘berbincang’ tentang berpakaian semasa kita bukan bersama-sama mereka yang halal bagi kita...bagaimana untuk kita berdepan mengikut ajaran agama Allah yang satu ini...tentang helai kain yang sentiasa membaluti anggota tubuh kita dari hujung rambut hingga hujung kaki...


sekali lagi ku ingin membawa dirimu merenung nas yang datangnya dari kalamullah yang tidak boleh dipertikaikan sehingga terbit matahari di barat... “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka...” (al-ahzab : 59)...apa yang boleh ditafsirkan dari ayat di atas...Allah menyeru supaya menutupi seluruh tubuh badan dengan pakaian...!!!ku ingin menarik minda mu agar berfikir sejenak, mengapa Dia menyariatkan sedemikian...mengapa kita perlu bertudung, berpakaian...mengapa...??? semuanya kerana tubuh kita adalah aurat...!!!bukan untuk menjadi tatapan umum...bukan menjadi tatapan untuk memancing nafsu-nafsu jahat....


tetapi semua itu bukanlah sewenang-wenangnya untuk kita laksanakan...ada garis dan panduannya yang tertentu...ayat Al-quran tersebut kemudianya dijelaskan oleh kekasih Allah...cara berpakaian : tidak lah ketat sehingga menampakkan susuk tubuh, tidak jarang hingga boleh menampakkan kulit atau bentuk badan, tidak menyerupai pakaian orang kafir...


ku ingin mengetuk mindamu...supaya kita dapat bersama-sama berfikir...mengapa syarat sedemikian ditetapkan...???.. kita harus ingat...hawa diciptakan untuk menemani adam yang kesunyian ketika di syurga dahulu...dan dalam hadith juga ada disebut, wanita adalah hiasan dunia...apa kaitan dua perkara ini...???


baiklah...mari kita sama-sama fikirkan...adakah akan indah dunia ini jika hanya kaum adam yang tercipta...??? Allah itu Maha Mengetahui...oleh sebab itu kaum hawa diciptakan...dengan ini juga manusia dapat berkembang biak di muka bumi...


sudah berkali kita dengar...adam, akalnya sembilan dan nafsunya satu...apakah yang satu itu...??? maklum sudah jawapannya, berkeinginan kepada hawa...kerana itu Allah menciptakan kaum hawa dengan begitu kompleks...penuh ‘kesenian’...kerana wanita adalah hiasan dunia...mengindahkan ‘dunia’ kaum adam...tapi harus diingat bahawa sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah...segala yang kita lakukan dan kita mahukan pasti kita ingin yang terbaik agar hasil yang kita peroleh adalah yang terbaik...


bagaimana mahu menjadi yang terbaik...??? marilah kita kembali kepada apa yang telah diperintahkan Allah...tutuplah aurat sesempurna mungkin sepertimana yang di ajar rasul...!!! jika difikir...caranya mudah dan tidak memerlukan belanja yang berjuta-juta...tidak memeningkan kepala dan tidak lansung merumitkan...pakailah apa pun yang kita kehendaki tapi jangan sesekali meninggalkan ‘syarat-syarat’ yang digariskan dalam Islam...Islam itu mudah dan tidak memudaratkan penganutnya...Islam itu sempurna tanpa perlu kita menokok tambah...


dan termasuk dalam syariat berpakaian ini juga adalah memakai jilbab atau lebih dikenali memakai tudung...turut mempunyai syarat dan peraturannya...tudung itu mestilah tidak jarang, tidak mengikut bentuk, sehingga boleh menampakkan bentuk leher dan kepala, dan tidak pendek dan menutupi dada....



bukan Allah nak menyusahkan hamba-hambanya...bukan nabi nak menyulitkan umatnya...semuanya kerana sayangnya Allah kepada kita dan cintanya Nabi kepada umatnya... segalanya pasti ada 1001 hikmah yang mungkin tak dapat kita rungkaikan...


betapa manusia alpa dan leka...Allah menegaskan lagi dalam firmanNya melalui lisan rasulNya...“ Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)...” (an-nur : 31)...dalam ayat ini boleh ditafsirkan, wanita wajib untuk memakai tudung ketika berhadapan dengan mereka yang tidak halal baginya...siapa...??? lelaki ajnabi...lelaki yang bukan mahram kita..lelaki yang kita boleh berkahwin dengannya...


kenapa perlu sampai ke paras dada yang Allah tetapkan...???kita renung kembali apa yang telah tertulis sebelum ini...wanita diciptakan dengan penuh ‘kesenian’...apa yang kaum hawa ada, kaum adam tidak miliki...fizikal kaum adam tidak sama dengan kaum hawa...pasti mengerti apa yang cuba ku maksudkan...bukan untuk mengaibkan tetapi ini adalah fakta...kerana ianya aib, maka wajib menutupinya....


bahagian dada wanita merupakan salah satu penarik kepada kaum adam....kerana sebab demikian, Allah mewajibkan kaum hawa melabuhkan tudung hingga ke dada...ini bagi megelakkan pandangan kaum adam ‘dipancing’ dengan ‘ciptaan terindah’ daripada Allah itu...besar dosanya jika kita ‘berjaya’ memancing syahwat kaum adam yang tidak halal bagi kita... 1001 bahaya yang telah ‘ditempah’...


labuhkanlah tudungmu hingga menutupi dadamu...simpanlah ‘khazanah’ itu sebaik-baiknya...bukan dijadikan tatapan umum sehingga hilang nilainya...sesuatu yang lebih tertutup dan terpelihara itu lebih bernilai dan lebih baik...biarlah menjadi sebuah rahsia hingga boleh diungkapkan mereka yang benar-benar berhak sahaja...


jika kita mahu yang terbaik dan mendapatkan hasil yang terbaik....kita perlu menjadi yang terbaik...hukum dunia...hanya mereka yang terbaik sahaja yang akan memiliki yang terbaik...

diri mu yang ku sayangi....ingatlah diri mu amat berharga...jaga dan peliharalah sebaik mungkin...kita hanya hidup sekali di dunia ini...tidak untuk kali kedua...tidak untuk kali ketiga...selapas kematian kita, kita tidak akan dapat mengubah apa-apa yang telah tercatat di kitab amalan kita...tidak ada istilah ‘delete’, ‘cut’, ‘padam’ atau ‘liquid’...

sebelum kita dipanggil menghadap Rabbul ‘Izzati...marilah kita sediakan diri sebaik mungkin...ikut dan patuh pada syariatNya...laksanakan segala perintahNya...tinggalkan semua laranganNya...agar kita sama-sama dapat menghidu haruman firdausi dan menjejak kaki dalam tempat yang tidak tergambar nikmatnya...





2 comments:

  1. salam ukhuwwah....terima kasih untuk tulisan ini...sungguh ia menyedarkan diri saya yang sentiasa alpa...tidak Alllah jadikan sesuatu itu sia2...Dia Maha Mengetahui atas sesuatu...namun kita manusia, sering mempertikaikan kenapa dan mengapa....melainkan mereka yang beriman...kerana sesuatu yang terjadi pasti ada hikmahya...sebaik perhiasan dunia ialah wanita solehah :)

    ReplyDelete
  2. fatraz>terima kasih kerana sudi baca...moga segala bentuk ilmiah dpt kita kongsi..

    ReplyDelete