Saturday, December 24, 2011

saya juga terima pinangannya

Bismillahirrahmanirrahim.

Malam. Semua berkumpul di dalam satu bilik. Bacaan yassin sudah diperdengar. Suasana yang tadinya meriah kini bertukar sunyi, setiap orang menunggu-nunggu pembicaraan selanjutnya. Usai membaca bismillah, Pihak A mula membuka bicara,

"Bismillahirrahmanirrahim, kami datang ke sini membawa hajat, hajat ingin menyunting bunga di taman.Tidak tahu mungkinkah pihak di sana sudi menerima atau tidak."

*diam*

Gadis itu tertunduk malu. Terbias redup matanya seakan memancar dari hati, hatinya kini sudah dimiliki. Senyum, istikharah pergantungan hanya padaNya. Tekad hati sebulat suara, sebuah jawapan sedia diberi tanda dipersetujui.

Pihak A tersenyum gembira, Alhamdulillah.Syukur memenuhi hatinya. Meneruskan lagi kata-kata,

"Kami tidak mampu menyediakan hantaran beribu-ribu yang mahal harganya, tetapi insyaAllah, hantaran ia adalah hantaran Syurga."

"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang yang bertaqwa ialah seperti taman, mengalir di bawahnya sungai-sungai, senantiasa berbuah dan teduh. Itulah tempat kesudahan bagi orang yang bertaqwa, sedang tempat kesudahan bagi orang yang ingkar kepada Tuhan ialah neraka."
Ar ra'd (13 : 35)

MashaAllah! semua orang di dalam ruang itu tersenyum lega. Hati gadis kini sudah dimiliki, biarpun tiada tanda cincin pengikat diri, tetapi sudah diyakini, inilah jalannya bertemu Ilahi. Tempoh taaruf selama 2 bulan setengah cukup membuatkan ia yakin, lebih-lebih lagi selepas pertemuan pertama kali (SWEET gathering) minggu lepas, gerhana bulan menjadi saksi,pertemuan jiwa-jiwa yang berkumpul kerana Ilahi.

Kisah ini, biarpun permulaan awalnya tidak serupa, tetapi jalannya tetap sama. Diolah dikarang oleh Sang Penulis Cerita. Di sini kita dipertemukan, pasti ada sebab dan hikmah. Soalan yang masih memenuhi ruang fikiran, " Untuk apa Allah hantar aku kemari? "

Baru kini diri tersedar, hidup ini bukan tidak bertujuan, hidup ini bukan tidak bertuhan.(2:30 & 51:56) Cinta tidak mampu dimaknai tanpa tindakan yang membuktikan cinta itu sendiri, (ISLAM vs islam) dan pelbagai lagi yang membuka mata hati yang selama ini telah dizalimi oleh diri.

"dan sungguh akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah, dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka memiliki telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengarkan ayat-ayat Allah. Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah."
Al A'raf (7:179)

ini cerita mereka, insyaAllah akan menjadi cerita kita juga. :')

Jika kita memilih cinta yang murah kita akan terperosok ke dalam jurang yang sangat dalam dan hina tetapi jika kita memilih cinta yang besar iaitu cinta semata kepada Allah SWT maka kita akan berada di satu kedudukan yang sangat tinggi di sisiNya…Maka, pilihlah cinta yang besar itu semoga beroleh maqam yang membolehkan kita dapat lebih taqarrub (dekat) kepada Allah. 
(Prof Hamka)

Post ini bukan tentang baitul Muslim. tapi lamaran kami untuk menyunting sahabat-sahabat bagi memasuki relung tarbiyyah, --USRAH (untuk semua rasa Allah hebat ) :)



p/s : di'copy-paste' dari sini ~ dan diedit sedikit.

p/s II : ummi mesti dah takutkan..hehe :)

Friday, December 23, 2011

intikhobat [?]

assalamualaikum ^^

semoga semua sihat-sihat belaka~
masih juga saya diberikan sejuta nikmat,walau syukur langsung tak terucap. 

semalam diberi peluang merasakan hangatnya suasana berintikhobat di jamiah.Poster calon ditampal seminggu sebelum proses pembuangan undi dilakukan.Ada yang lebih dari seminggu mungkin.

Tidak kurang juga yang sibuk berkempen.Berharap,calon mereka di undi nanti.

Seronok sebenarnya.Ada yang bergaduh,ada yang pecahkan cermin tanda benar2 protes,ada yang menyekat pengundi utk jalankan tanggungjawab sebagai pengundi,ada juga yang menarik2 pengundi dan di'kepung' di satu kawasan utk memastikan mereka mengundi calon mereka ! benar-benar terdesak rupanya !
ingatkan di Malaysia saja yang menjalankan 'strategi' seperti ini ! -_- '

saya sengaja nak libatkan diri dalam intikhobat.nak melihat cara mereka..rindu sebenarnya utk berada dalam keadaan seperti ini.nampaknya 4 tahun saya akan 'sunyi' dari berkeadaan begini *itupun kalau tak balik Malaysia la*

semalam,pagi-pagi lagi saya ke jamiah..entahla,semenjak dua menjak ni,saya rasakan diri saya rajin yang amat..selalu ke maktabah..sampai kadang-kadang,saya akan terus berada di maktabah sehingga selepas isya'..rasa nak studi je.nak jadi budak nerd..

baiklah,berbalik semula.. :)

ketika di maktabah semalam,ada sahabat yang menghantar mesej menyuruh saya menyegerakan proses pengundian,bersama dengan calon yang patut diundi : Abdussalam Mansur ~

saya kurang kenal dengan calon ini,tapi khabarnya calon ini dari kalangan yang baik-baik..

tanpa berlengah-lengah,saya terus ke kuliah Adab bersama dengan seorang lagi sahabat saya..sangat bersemangat untuk mengundi..maklumlah kalau di Malaysia,masih belum 'cukup umur' untuk mengundi..

sampai di depan pintu masuk kuliah Adab,kami tidak dibenarkan masuk..ada pergaduhan,kebanyakan doktor turun dan pintu-pintu kecil utk masuk ke kuliah adab dijaga dan dikunci...dalam hati *nak mengundi pun susah* -_- '

selepas 4,5 minit berkeliaran mencari pintu utk kami masuk tp tetap tak dibenarkan masuk,kami akhirnya ke pintu utama kuliah kami semula....dan alhamdulillah kami dibenarkan masuk :)

masuk di dalam kuliah adab,kami agak terkejut apabila ada 2,3 orang cuba menarik kami ke suatu tempat..kami di'kepung' dan disuruh utk mengundi calon mereka (selain Abdussalam)..kami yang ajnabi ni buat-buat tak faham dan buat-buat akan undi calon mereka....senang cerita....!tak payah la nak raih undi sangat !haish!

kami yang ajnabi,pada mulanya agak takut untuk mengaku yang kami akan menyokong Abdussalam..takut diapa-apakan..bimbang juga tiba-tiba ditumbuk ! nanti disini tak dapat mengundi,di Malaysia pun tak dapat ~ heh ^^

kemudian,kami ke ruang terbuka ditengah-tengah kuliah adab..kerana disitu,semua penyokong Abdussalam berkumpul..

lama menunggu masa untuk mengundi..tapi masih belum dapat..kerana setiap kali penyokong Abdussalam nk mengundi,mereka akan bergaduh atau 'buat kacau' supaya kami tidak dapat mengundi..terutamanya di bahagian akhawat...

akhirnya,Abdussalam seakan memberi arahan : sesiapa yang menyokong beliau,diminta keluar dari kuliah adab sehingga keadaan selamat dan pilihanraya bukan utk mencederakan sesiapa (ini setakat kefahaman saya)..saat ini,semua seakan patuh kepada arahan..beramai-ramai bergerak keluar...terasa RUH perjuangan !
*allah,rindu benar keadaan begini*

dan saat ini juga,saya rasakan saya tidak salah memilih calon :)
setiap yang baik itu,susah untuk diperjuangkan,apalagi utk dapatkan~

sehingga kini,saya masih belum mengundi kerana keadaan tidak dapat dikawal semalam dan proses pembuangan undi akan ditangguhkan ke hari khamis ini...moga calon pilihan saya berjaya !


[situasi22/12]
 *pergaduhan di depan pintu masuk tempat pembuangan undi*


 *bacaan doa kemenangan*


 *2 orang calon dari takhassus kami~bahasa arab*
*disebelah kanan,calon pilihan saya,Abdussalam*




p/s : semangat benar saya kan? 
p/s II : saya diberitahu,Abdussalam merupakan Presiden MPP(kalau di Malaysia)  di jamiah kami ~
p/s III : kamus : intikhobat (pilihanraya),jamiah (universiti),maktabah (perpustakaan),ajnabi (orang asing),takhassus (bidang/kos)
p/s IV : malamnya saya ke Raghadan..ke rumah sahabat Arab..makan nasi maqlubah (jeles tak ummi?) ^^

Wednesday, December 7, 2011

ada hikmah dalam redha

alhamdulillah~

beberapa hari lagi,cukup 3 bulan saya ter'campak' kesini..jauh dari ummi,jauh dari abah,jauh dari adik-adik,jauh dari semua~

3 bulan saya cuba fahamkan segala yang perlu saya fahami..agak 'sakit' sebenarnya..dan nampaknya,impian saya untuk fasih berbahasa arab dalam masa 3 bulan berkecai *sedihnya*
tapi,saya dalam proses nak cantumkan balik impian saya yang kononnya dah berkecai tu..takpe sikit-sikit lah..saya pun bukannya pandai sangat..sikit-sikit lama-lama jadi bukit..kan . kan ?

2,3 minggu sampai,saya telefon dan ceritakan keadaan disini kepada tokmak di Johor..saya katakan saya masih merangkak-rangkak untuk cuba faham bahasa disini..kerana kebanyakan mereka menggunakan bahasa 'ammi/pasar.Tokmak katakan "sama macam awaklah..cakap bahasa 'pasar' Malaysia" ~adehh : )

secara jelasnya,saya tak minat bahasa arab..dari dulu lagi ! tanyalah sesiapa sahaja sahabat rapat saya..setiap kali kelas nahu dan saraf,mata saya pasti tertutup.dan dulu,saya pernah tekad untuk 'lari' setiap kali peperiksaan subjek yang melibatkan bahasa ini..

kenapa ? saya pun kurang jelas kenapa ke'benci'an saya sehingga ke tahap itu~

tapi yang pasti semua yang berlaku ada hikmahnya..semasa di tingkatan 4 saya pernah mengelak utk berada di aliran agama..kerana saya mahukan cita-cita saya tercapai,jurutera angkasa..!!kemudian,habis tingkatan 5 saya mengelak utk mengambil STAM kerana saya mahu ke universiti dan menjadi pensyarah bahasa inggeris..semuanya kerana saya mahu MENGELAK !!

hidup dalam ke'mengelak'kan memang susah....apa yang kita kejar tak dapat,apa yang kita bawak pun tak dapat...

dan akhirnya,saya disini juga..~
hampir 3 bulan saya bercakap,bergaul,belajar semuanya menggunakan bahasa INI..itu pun kadang-kadang malu sebab 'blur' bila org arab tanya dan saya tak dapat jawab ... *bukan kadang2,selalu je*

sekarang,mulalah rasa menyesal..kenapa lah tak bersungguh dulu-dulu..tapi takpe,saya akan mula dari bawah semula..ya!DARI BAWAH!

dan...sekarang,saya takkan mengelak lagi..bimbang akan mengecewakan ummi dan abah nanti~




p/s : hikmahnya,Allah nak saya kuasai bahasa arab tak kira macam mana cara sekalipun saya cuba untuk mengelak ^^

p/s II : selamat datang musim syita' ^^

p/s III : kene semangat dah ni..sem depan ada nahu dan saraf   *moga2 mata ini dah tak 'tutup' lg..hehe*

Tuesday, December 6, 2011

tahniah dan terima kasih

salam 'alaik ~

dah  hampir 3 bulan blog ni tak terisi..sunyi...bukan malas,cuma kurang rajin..bukan takde masa,cuma selalu buang masa~

tapi hari ini,tiba2 terSEMANGAT..!ya TERsemangat..!

ada 3 perkara gembira berlaku hari ini..

PERTAMA :
**sahabat saya telah selamat diijab kabulkan hari ini (6/12/2011) jam 10 pagi tadi di Mesir...barakallahulakuma ^^

**Bertambah satu lagi sahabat saya yang dah berkahwin selepas Kak Bad (disini)~nampaknya Kak Bad benar2 bukan keseorangan....(menunggu berita gembira dari yang lain pula)

                                          
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. "



KEDUA
**saya 'seronok' dan 'gembira' kerana nampaknya makin bertambahlah stalker saya....selepas diberitahu secara terang-terangan link blog ini!TERIMA KASIH kepada yang mempromosikan blog saya  ~ tapi maaf,blog ini langsung tidak ilmiah seperti yang lain..sekadar perkongsian -_- '

*bukti di sebelah kanan gambar-semua dr Amman*

KETIGA :
**saya dapat ilmu baru hari ini..terima kasih Cikgu,ajar saya buat print screen macam kat atas tu....jasamu dikenang...  






buat Naqiuddeen dan Nazeehah


Selamat Hari Lahir buat By[7/12] dan Girl[29/11] ^^
(By : tengah / Girl : kanan)




Monday, October 3, 2011

saya,mereka dan kasut mahal itu 2 ~


alhamdulillah~
akhirnya kasut 'mahal' ini berjaya saya dapatkan balik..walaupun keadaannya agak menyedihkan  -_- (dah xde rupe kasut mahal dah..huhu)
terima kasih ustaz Anuar,kak Liza,ustaz Syed dan kak Pah...kalian jiran terBAEK...! hehe

ummi....!yeay.....!!dah boleh pakai balik la~

p/s : pencuri pulangkan sendiri kasut ni lepas terbaca memo 'menarik' yg dilekatkan dpn pintu ustaz Anuar dan lepas di'ugut' ustaz Syed utk lekatkan memo yang lebih 'menarik' di sakan kami jika dlm masa seminggu tidak dipulangkan ^^

p/s II : time pulangkan kasut tu,boleh dia ckp nk pinjam je......3 minggu kot die pinjam...!aduish~

[sekian berita dr Jordan ^^ ]

Thursday, September 29, 2011

saya pelajar baru

rupanya sudah hampir 20 hari saya di bumi Syam ini..
kadang2 bila berbual-bual dengan ahli bayt,semua masih ada rasa ke'tidak percayaan' ke'beradaan' kami disini~

kalau diceritakan kisah saya memohon ke UJ,pasti ummi dan abah agak terkejut..bayangkan saya sudah sampai di Jordan,tp status keberadaan saya di universiti masih belum pasti lagi..atau dengan kata lain,saya masih belum diterima lagi utk menjadi pelajar di UJ..(kire redah jelah ni ^^ )walaupun telah dimaklumkan oleh KPT penerimaan saya di UJ,tp UJ masih belum meletakkan nama kami di dalam daftar pelajar baru...

tapi sekarang..........ummi,abah jangan bimbang..~

alhamdulillah...saya kini sudah bergelar mahasiswi  University of Jordan(الجامعة الأردنية)..
takhassus اللغة العربية و آدابها ..
alhamdulillah juga,kami pelajar baru diberi yuran 'adi (yuran pelajar tempatan) yg bayaran 1 sem lebih kurang dengan universiti tempatan..

kad hawiyah (kad metrik) dah ada..
kad iqamah ( i/c) 1 bulan lagi siap~


seronok dok kat sini.. ^^
ummi,abah jangan bimbang...cuma doakan je..insya Allah semuanya kheir :)

p/s : gambar in syaa Allah akan menyusul ^^

Thursday, September 15, 2011

saya,mereka dan kasut mahal itu~

hampir seminggu saya di bumi Sweileh..
alhamdulillah..semuanya ok..cuma cuacanya agak sejuk~
pagi2 nak ambik wudhu' memang mengigil2..

ni baru fatrah soifi..kalau syita',wallahu a'lam ^^

pagi tadi ke rumah Ust Anwar,isterinya kak Liza mengajak kami (pelajar baru) utk sarapan bersama..saja mahu bertaaruf~

tengaharinya pula,ikut kak Nazirah ziarah sahabatnya yang baru lepas melahirkan anak,di Irbid..namanya Abrar al-Itqan...
alhamdulillah,berpeluang ke Irbid..jaraknya sama dari Dungun ke Kuala Terengganu..satu jam..!
sepanjang perjalanan,memang membosankan..!sama seperti di Malaysia~
cuma di Malaysia dgn ladang kelapa sawitnya jika mahu ke Johor ^^
disini,dengan bukit2~agak membosankan..!

sampai di Irbid,terserempak sekumpulan pelajar Malaysia....pelajar MAIDAM ~
terserempak juga dengan 2 pupu (yeke ummi..?) Athiroh..tapi xsempat berbual2..nanti ada masa,saya datang lagi..bolehla kalau nak jemput ke rumah ^^

petangnya,bersusah2 mengangkut barang dari rumah senior ke rumah baru kami~alhamdulillah..rumah baru kami amat selesa...dah macam hotel..~
tapi...tuan rumah agak pembersih....dia akan spot check bila2 masa..(ish..dah mcm smaasza la pulak)



p/s : oh ya..! kasut school saya yang 'mahal' tu dah kene curi (ummi x tahu lg ni.. -_- ) time nak balik dari rumah kak Liza~

p/s II : malamnya terus beli kasut baru.. 6 Dinar je :)

p/s III : ke negara arab ni kena banyak bersabar..lebih2 lagi bila jauh dari ummi,abah (T_T)
        





 

Tuesday, September 13, 2011

Jordan,saya disini ^^

Alhamdulillah~
setelah 8 jam terbang dari Malaysia,13 jam transit di Jeddah,kembali 'terbang' 2 jam berikutnya..akhirnya,sampai juga saya di bumi Syam ini....

JORDAN~

sepanjang perjalanan,macam2 perkara dan suasana baru yang nak atau tak terpaksa saya alami~

mula2 masuk kat airport Jeddah,semua agak terkejut dan masih takut2...

kenapa...?

kerana......kami sekarang,bukan lagi majoriti,tapi minoriti~

selama ni,cuma dengar dari mulut ustaz2 yg pernah belajar kt negara arab yang org arab agak kasar..tapi sekarang,saya terpaksa alami sendiri...

berebut nak ke tandas,ditolak dengan 'dahsyat'nya,cakap kuat2...Allahu rabbi~
patutlah ade org arab puji : Malaysia bagus..! ^^

sampai di Queen Alia airport,saya disambut oleh ajk SPB mantiqah Amman~
kawan2 lain semua dibawa 'lari' oleh ajk SPB mantiqah masing2..

tepi2 jalan ke Sweileh,macam jenis buah dan sayur..ish..segar2..kalau ummi ade kat sini,memang hari2 la masak sayur...

sampai di Sweileh,terus diajak makan tengahari di rumah Kak Bad (isteri kpd pelajar PhD WISE)...



*gambar*

sebahagian yang menghantar

Saudi Arabian Airlines

lauk kambing 'PERTAMA'

'hotel mewah' kami ketika transit 13 jam di Jeddah

sarapan pagi sebelum ke Jordan

banyak lagi gambar~tp lepas2 nilah yea ^_^

transit di Jeddah,hari terasa seakan berganda~bygkan sampai di Jeddah jam 6 petang waktu Jeddah dan 11 malam waktu Malaysia..mata orang Malaysia ni dah ngantuk yang amat...dan akhirnya tertidur jam 3 pg waktu malaysia,10 mlm waktu Jeddah...tidur punya tidur,terjaga jam 5.30 pg waktu Malaysia tp di Jeddah masih jam 12.30 pg...

bangun dr tidur,terus cuci muka dan pegi makan 'malam' ^_^

dan kami kembali TIDUR...yang ni pulak waktu tidur org Jeddah ^^

Friday, September 9, 2011

1 hari lagi~

maaf jika terlambat mengucapkan..

SALAM EIDULFITRI

~kesempatan kurang ada dengan kesibukan mem'packing' barang-barang utk terbang jauh....

Alhamdulillah Allah pilih saya utk ke Jordan sana..

in syaa Allah akan menguasai ilmu bahasa arab seperti ustazah Najwa..jika ada yang terbaca post saya dahulu,saya pernah bagi hint2 bgtau yang ustazah Najwa lah yang menyebabkan saya jatuh cinta dgn bahasa ini...~disini~

dan sekarang masih berbaki 1 hari lg dan kemudian,saya akan ke bumi Jordan utk menjadi sehebat idola saya..aiwah..! ~disini~

wallahu musta'an -_-

Wednesday, August 31, 2011

saya diTERIMA

Alhamdulillah~



Senarai Nama Pelajar Baru Sesi 2011-2012 Kemasukan ke Universiti Jordan


Berikut merupakan senarai nama yang diterima oleh pihak Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan(MPPMJ) daripada Education Malaysia Jordan(EMJ).
 


 Senarai nama berikut adalah bagi mahasiswa baru kemasukan sesi 2011-2012.




in syaa Allah akan mendalami bahasa syurga..mohon doa sahabat2







Saturday, August 27, 2011

jangan KECILkan saya yang sedia kecil ini

berkali-kali malah berpuluh-puluh kali,saya terpaksa menjawab soalan yang sama dari mereka..

dari mereka yang kurang faham..

" kenapa pilih Bahasa Arab dan bukan feqh wa usul ke,syariah ke..?? "

" bahasa arab,ilmu agama tinggi ke..? "

" buang masa belajar bahasa lama-lama..! "

saya hanya mampu tersenyum kerana jawapan saya mudah..tp mungkin tidak diterima..~

saya bukanlah pelajar yang serba tahu tentang bahasa syurga ini..jadi saya rasa,saya mahu dahulukan bahasa ini sebelum saya belajar apa-apa yang menggunakan bahasa ini ~

saya harus faham Bahasa Arab sebaiknya..kaedah nahu nya..sorof nya..ini semua penting..!
saya mahukan kefahaman,bukan hafalan semata-mata~
ramai yang menghafal kitab,tetapi tidak faham apa yang dihafal...penyebabnya mungkin kerana penguasaan bahasa yang lemah..

sehingga ke Jordan sana saya mahu berhijrah~

rugi jika saya sia-siakan peluang ini~saya mahu fasih berbahasa arab dalam masa 3 bulan..!YA..!3 BULAN..!

kenapa..?ada yang mahu mentertawakan dan memperlekehkan saya lagi kah..?!

apa-apa pun..semua perkara yang kita belajar..adalah ilmu-Nya..semuanya adalah menuju Allah yang satu ^^

lagikan pula bahasa yang indah ini..dengan balaghahnya,dengan bunga-bunga bahasanya..tambahan pula ini adalah bahasa syurga dan bahasa para anbiya' ...

dan kepada yang suka memPERLEKEHkan saya,sekurang-kurangnya saya punya ilmu dalam bidang ini yang mungkin 'anda' langsung tidak tahu menahu tentang bahasa ini...!atau dengan kata lain tak reti bahasa..!


saya MOHON..
JANGAN PERKECILKAN IMPIAN SAYA !




Wednesday, August 24, 2011

pelangi hadir tika gerimis hadir

2,3 hari ni,hati saya memang berdebar2...

takut...

ya..!saya takut..!takut yang amat~

takut saya tak mampu kuasai bahasa syurga itu dengan sebaiknya.. =.='

kawan saya,Farhana dan kak Ada sekarang sedang mengikuti kursus bahasa..bertuah mereka..Allah pilih mereka utk mantapkan bahasa arab sebelum berpijak di bumi Syam nanti..

saya..?
usah ditanya..hanya mampu mantapkan bahasa arab dengan cara saya sendiri....belek buku sendiri..terjemah sendiri..tanya org2 yg mahir sendiri...

belajar pun bila ada masa lapang...lepas subuh kejap,lepas zohor kejap..'kejap' saya..adelah 3,4 minit..bukan 3,4 jam..hehe

kadang2 saya tanyakan keadaan mereka yg sedang berkem..~
'jeles' saya..!

tapi saya yakin Allah tak pilih saya utk bersama mereka mungkin bersebab..mana mungkin adanya pelangi tanpa hadirnya gerimis.. ^^

yang penting,jika kita pilih untuk berjaya..tak kira apa keadaan sekalipun,kita akan berusaha untuk berjaya..~

doakan saya,sahabat..!






Monday, August 22, 2011

kembara ke bumi anbiya'



Alhamdulillah wa syukru lillah kerana masih lagi diberi peluang utk terus hidup dalam 2 kenikmatan yang paling besar ; iman dan islam~

tinggal beberapa hari lagi,saya akan berangkat pergi ~

menjejak warisan para Nabi hingga ke tanah arab sana...

jika ditanya,kenapa saya memilih untuk kesana..pastilah jawapannya kerana salji..tapi itu hanya jawapan bergurau..sekadar mahu men'jeles'kan adik2 saya dan membuat kawan-kawan saya berkata " best ngat..! " dengan penuh excited~ hehe

tapi yang pastinya,saya ke sana kerana ilmu dan pengalaman~

saya tahu di Malaysia juga ada banyak kursus pengajian Islam dan Bahasa Arab..
saya juga tahu,ilmu dimana2 pun sama..

ya..!memang sama...tapi jelas berbeza...!

bukan saya maksudkan,pengajian islam di Malaysia tidak ada kualiti..!

cuma saya mahukan suasana dan pengalaman yang berbeza~saya mahu berubah..!saya mahu berhijrah..! berhijrah dari kebiasaan~

saya mahu melatih diri saya agar bisa 'hidup' dimana pun saya di campakkan~
biar jadi gunung kalau terdampar di darat atau jadi pulau andai tercampak ke laut..in syaa Allah !

kalau Allah masih izinkan saya menuntut ilmu-Nya,in syaa Allah saya bakal ke Jordan 11 September ini~

saya kongsikan disini bukan untuk membangga diri atau apa2...cuma ingin mohon doa sahabat2 utk doakan yang terbaik buat saya~doakan saya yea..!

p/s : doakan saya bukan dari golongan yang menjadi musuh Allah~nauzubillah
p/s II : saya mahu jadi seperti idola saya..!



doakan saya ^_^




Wednesday, August 17, 2011

indahnya didoakan sahabat


Tiada satu makhluk pun didunia ini yang mampu menumbuhkan rasa cinta dan sayang dihati kita, melainkan ALLAH. Hanya Allah sahaja yang mampu menumbuhkan rasa itu didalam hati kita. Kerana ALLAH sang penciptanya, ALLAH yang telah menciptakannya dan meletakkannya didalam hati setiap makhluknya.
Disaat kita menyayangi seseorang, kita selalu mengharapkan orang yang kita sayangi selalu berada dalam kebaikan. Maka, buktikanlah rasa sayang kita itu dengan menyampaikan harapan kita kepada ALLAH dengan mendoakan sahabat kita.
Lafaskan doa anda untuk sahabat kita. Mohonkanlah agar ALLAH selalu melindungi sahabat kita, serta memberikan pelbagai kebaikan terhadap sahabat kita.
Setelah solat, doakanlah sahabat kita. Walau pun mereka tidak tahu bahawa kita selalu mendoakannya. Lafaskanlah doa kita dengan penuh harapan kepada ALLAH. Mohonlah keampunan untuk dosa~dosa sahabat kita kepada ALLAH. Sebut namanya dalam doa anda. Doakanlah dia selalu.
Ini sangat indah…
Sungguh indah.. Seorang sahabat mendoakan kebaikan untuk sahabatnya yang lain. Sahabat yang didoakan tidak mengetahui tentang hal itu. Tiada seorang pun yang mengetahui. Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu tentang itu.
Hanya ALLAH yang mengetahui harapan~harapannya kepada ALLAH untuk sahabatnya.Ini sungguh luar biasa.Inilah sebuah ketulusan yang nyata.Tiada berharap kecuali kepada ALLAH.
Disaat seorang sahabat tiada disisi, sahabat yang lain memohonkan perlindungan kepada ALLAH bagi sahabatnya. Sungguh luar biasa… kita memohonkan kepada ALLAH satu kebaikan untuk sahabat  tanpa diketahui oleh sahabat tersebut.
Bagaimana perasaan anda jika anda mengetahui ada seorang sahabat yang selalu mendoakan anda? Padahal anda tidak pernah memintanya. Beginilah indahnya persahabatan dalam Islam.

diambil sikit dari akuislam.com ..nak baca lebih2 klik aje ^_^

Monday, August 15, 2011

gambar sekitar ber'BTN'

[ Lagi gambar di sekitar BTN,Kem Bina Negara,Besut ]
gambar ihsan : Ustaz Rujhan Abd Rahman ( fasi kump.7)

hari pertama bertaaruf ^^
masih bertaaruf~



di malam terakhir memulakan slot dgn 'angkat tgn kanan,goyang..goyang..goyang..lalalala'




slot terakhir dan malam terakhir




dari kumpulan yg kecil,membentuk kumpulan yg lebih besar



ada yang di'tahan' kerana mereka pemula 'perjuangan'



ikrar dibacakan selepas bersusah payah 'berjuang'


~ xde ke fasi2 yang record slot malam terakhir tu..?
~ saya rindukan kebersamaan dan perpaduan pada malam itu..!






ukhuwah itu tempatnya di hati

alhamdulillah wa syukru lillah
kelegaan yang sukar saya gambarkan tika saya dipilih utk ke program Biro Tatanegara [BTN] pada 8-12 Ogos di Kem Bina Negara(A),Besut..

kelegaan bercampur kebimbangan sebenarnya..bila disebut BTN,otak kanan dan kiri saya dan mungkin juga mereka memikirkan kami bakal direndam dlm 'clorox' dan akan di celup dalam 'ujala' pekat~

Mungkin itu persepsi awal saya dan sahabat2 yang akan ke BTN..tp Allah masih 'jaga' kami mungkin..!modul yang kami gunakan kali ini amat berbeza dgn modul senior2 kami dulu..ini merupakan modul terbaru dan kami merupakan peserta pertama yg menggunakan modul ini..

Berpagi2 ke JHEAT kerana kami akan bersama2 ke Besut menaiki bas JHEAT..yang saya tahu hanya 8 orang sahaja sahabat2 satu sekolah dgn saya yang akan ke BTN..Hasrul.Muaz,Rodhi,Hakim,Rahman Hassan,Syuhada dan Farhana..

Pendekkan cerita,program wacana minda/ceramah agak membosankan kerana asyik bercakap tentang Gagasan 1Malaysia~

tapi alhamdulillah,program diskusi dalam kumpulan amat menyeronokkan..ditambah pula dgn fasi dan ahli kumpulan yang amat sporting..jika masa berdiskusi pada jam2.30,fasi kumpulan 7 yang amat baik hati,Ustaz Rujhan akan mengarahkan berkumpul jam 2.45 dan paling lewat jam 3..pastilah ramai yang memilih jam 3 ^^
yang bestnya penghulu di kumpulan kami :)

dan program pada malam terakhir amat-amat menyeronokkan dan hingga sekarang masih berbekas dalam hati..

saya sukakan suasana ketika mana semua kumpulan bersatu,berpadu membentuk kumpulan yg lebih besar..7 kumpulan hanya membentuk 1 kumpulan..!

rupanya,inilah yang dkatakan perPADUan..berPADU hati dan pendapat..berPADU tenaga dan penat..indah benar ukhuwah bila saling berPADU~


ini kumpulan kami yang sporting [kump.7]
dari kiri : Yusof,Zuhal,Ust.Rujhan,Izul,Nazrin dan Ikhwan


dari kiri : Nazirah,Nabilah,Hafizah,Maryam,Hajar,Dhia dan Ust.Rujhan

Friday, July 8, 2011

BERSIH 2.0 [09072011]

salam seBERSIH ukhuwah

Kalau ada yang betanya subjek apa yang paling saya gemari selepas Bahasa Inggeris sewaktu di sekolah dulu,saya akan menjawab dengan penuh yakin..SEJARAH..!bayangkan saja,mata saya akan mula tertutup jika diberi latihan Matematik tapi akan terbuka jika diberi latihan Sejarah :)
ya..!minat manusia memang berBEZA..!

Dulu,saya pernah berfikir..bagaimana kuasa sebuah SAJAK itu boleh membangkitkan semangat juang dikalangan pejuang2 kemerdekaan suatu ketika dulu..SAJAK,mampu membuat mereka berSEMANGAT..mampu membuat mereka ingin berJUANG,mampu membuat mereka ingin MENENTANG penjajah..~

tapi kini,baru saya sedar kuasa yang ada dalam sebuah sajak..lagi2 bila sajak tu dihasilkan dari mereka yang 'otai'~

moga ALLAH permudahkan urusan mereka di sana.. LAWAN TETAP LAWAN..!
TAHNIAH A.SAMAD SAID mampu membangkitkan semangat rakyat Malaysia yang dahagakan keADILAN~

unggun BERSIH
(beliau dibicarakan atas akta HASUTAN kerana menghasilkan sajak ini)
video

peludah WARNA
video




[ negara 'ISLAM' kita kini ]

p/s : jom ubah sekarang...!

Saturday, June 4, 2011

PERMUDAHKANLAH

saya rasa semua ada idolanya yang tersendiri..tak kira bagaimana rupa orang yang menjadi 'idola' itu..ya.!bergantung pada diri kita,mahu yang mana dijadikan idola...jika kita kaki novel,mungkin Sharifah Abu Saleem itu idola kita..jika kita kaki bola,tak mustahil Ronaldhino idola kita..sama halnya jika kita seorang qari,mungkin Mishary al-Afasy idola kita..

pada saya idola merupakan seorang yang kita rasa ada semangat yang luar biasa jika berhadapan dengannya..atau mungkin rasa berkobar2 utk jadi sepertinya..atau mungkin juga rasa ingin berdamping dengannya setiap masa kerana ingin selalu punya semangat yang luar biasa itu...

selain saya jadikan penghulu segala nabi sebagai idola,walau terkadang solat dilewatkan dan tanggungjawab sepeti diabaikan,masih ada lagi insan yang saya jadikan dirinya sebagai IDOLA saya..wahh..!memang 'dia' idola saya..!saya nak jadi seperti 'dia'..!

mungkin 'dia' tak pernah tahu..tapi cukuplah saya yang merasakan semangat luar biasa itu..~
moga Allah permudahkan urusan saya utk mnjadi seperti 'dia'..atau mungkin lebih dr 'dia'..xsalah kan..?
~Allah yusahhil 

Tuesday, May 3, 2011

saya mahukan SEMANGAT...!

salam mujahadah~

hari ini merupakan hari pertama saya berDAURAH dan akan bersambung pula sehingga bulan Julai..sangka saya,cuma 2 orang akhawat yang akan mengikuti daurah ini,tapi hati agak lega bila tadi yang hadir dalam 5 orang lagi..

awal2 lagi,saya pasang niat supaya mendengar dengan penuh teliti bila berada dalam daurah ini..kerana saya bimbang duit ummi dan abah melayang begitu saja..!dan ini juga,seperti yang saya katakan dulu,persediaan saya ke 'SANA'...!

sebenarnya,saya merupakan pelajar termuda DAURAH ini..!ya..!terMUDA..yang laen ada yang baya abah,baya ummi..tapi saya agak kagum dengan semangat Pak Cik Nordin(salah seorang peserta daurah)..setahu saya ini merupakan kali pertamanya mengikuti kelas bahasa arab sebegini..tapi semangatnya yang buat saya benar2 kagum..!siyes..!saya memang kagum,...!

pak cik nordin datang agak awal dari saya walau rumahnya jauh di kerteh..dan berebut2 untuk berada di barisan hadapan..setiap apa yang tidak difahami,ditanya(hampir semua),tanpa rasa malu....semangat yang paling saya kagum,adalah ketika ustaz memberi peluang utk membaca soalan dan menjawab,pak cik nordin segera membaca dengan nada yang kuat walau bacaan yang tunggang terbalik dan belum pasti kehendak soalan..!ALLAH...~

kalau boleh,saya nak jadi macam dia..!bukan nak bertukar jantina,tapi saya mahukan SEMANGATnya..!

allah yusahhil~ =.='




p/s : besok ke Kuala Terengganu lagi..arghh..bosannya sukanya..!
p/s II : settle pasport dan borang permohonan utk ke'SANA' (^__^)

Tuesday, April 26, 2011

selangkah ke'SANA'~

beg DAURAH

buku teks DAURAH yang colourful~

dan ini ustaz2 sepanjang 3 bulan DAURAH



janji saya pada abah dan ummi : akak akan belajar sungguh2 kali ni..!sebab akak dah jatuh 'sayang' kat bahasa syurga ini..~


p/s : insyaAllah nanti saya akan ke 'SANA' dan ini usaha saya biar tak kekok bila di'SANA 'nanti..!mohon doa kalian~

p/s II : tapi,jika tiada rezeki saya ke'SANA' , saya yakin Allah dah tentukan yang terbaik buat diri saya..kerana Dia yang jadikan saya..!haruslah Dia tahu baik,buruk diri saya..! kan..!kan..!kan..!

p/s III : dan...nanti bila dah sampai 'SANA',akan saya ceritakan dimana 'SANA' saya tu yea..! ^__^

Friday, April 15, 2011

undi itu SAHAM yang dipertanggungjawabkan di'SANA' nanti..!

assalamualaikum~

Allah~seminggu dua ni,hari saya memang sibuk..uruskan macam2 hal..dari yang kecik sampai kepada penentuan hidup saya di masa depan..semua saya uruskan dengan melibatkan ummi dan abah..abah terpaksa mintak cuti semata2 utk menghantar saya ke Kuala Terengganu..ummi pula terpaksa melupakan urusan kerjanya dirumah semata2 nak teman kan abah menghantar saya ke Kuala Terengganu~maklumlah,abah memang susah sikit nak bergerak tanpa ummi disisi (agak SWEET disitu) :)

semalam ke rusila sempena HIMAT(Himpunan Muslimat Terengganu)..Allah izinkan juga saya ke sana walau di hati amat terkilan tidak dapat ke Sarawak..!!sekali ada pengalaman 'bertandang' ke rumah2 utk mengajak mereka berada di atas perjuangan ini pasti hati jadi rindu utk menambah pengalaman itu lagi ...SUNGGUH..!

tapi,mungkin faktor usia yang terlalu 'muda' dari yang laen,saya di ketepikan dulu..maklumlah 'PEPERANGAN' kali ni lebih besar,bukan sekadar di satu DUN,tapi banyak..!

pernah saya suarakan hasrat hati saya utk bekerja memandangkan ramai sahabat2 saya yang saya lihat hidup mereka agak 'mewah'..tak perlu meminta2 utk mendapatkan sesuatu berbanding saya,kena mintak izin dulu...ini bukan satu keluhan yea..!cuma ingin juga merasa ke'mewah'an itu..~

tapi,hati saya sedikit terusik dengan kata2 ummi(mungkin ummi sudah lupa yang beliau pernah katakan ini pada saya)...ummi katakan :

"rebut 'KERJA' yang boleh dituai hasilnya di'SANA' nanti..!"


dan......YA..!sekarang saya sedang merebut KERJA itu..~
Allah,permudahkanlah...saya yakin ini :
"jika kita tolong agama ALLAH,allah akan tolong KITA.." :)

nak jugak ada 'saham' disaat ramai yang menarik2 pahala kita disana nanti~nauzubillah..!

DAN.....saya mengharapkan kemenangan di SARAWAK dan di TERENGGANU serta di seluruh MALAYSIA utk PRU13...biar islam tertegak di sini..!

p/s : selamat mengundi rakyat SARAWAK..!pastikan undi calon yang nak tegakkan islam bukan yang tumbangkan islam..!

p/s II : tengah keliru '=.= (takde kaitan dengan post nie..)

Tuesday, March 15, 2011

ini cara Dia tegur kita..!

assalamualaikum...
moga rahmat-Nya sentiasa di samping kita..ameen..

mungkin saya antara yang terlewat menge'pos' tentang tsunami di Jepun baru2 nie....banyak faktor saya lewatkan post saya kali nie...salah satunya kerana 'kotak ajaib' di rumah saya terpaksa di hantarkan ke 'hospital' kerana 'demam panas'..jadi saya langsung tidak tahu menahu sehinggakan seorang kenalan saya kak ckynwan minta saya doakan dia dan kawan2 di Jepun...saya fikir krn mereka sedang dalam mo0d 'final exam'..rupa2nya tsunami terburuk berlaku di sana....nasib baik Allah masih selamatkan mereka..menurut kakak tu,tsunami berlaku di timur Jepun..di Fukui(tmpat kakak tu)hanya terkena gegaran....

walau seKERAS manapun 'SUNTIKAN' Allah buat kita,saya yakin kita masih belum 'pulih' sepenuhnya...mungkin perlukan 'SUNTIKAN' yang lebih DAHSYAT...?!


GEMPA bumi mengakibat gelombang tsunami ketika melanda pelabuhan Oarai Jepun- Foto AP

DUA lelaki lari menyelamatkan diri dalam kejadian tsunami berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 yang melanda Sendai, Jepun, baru-baru ini. - Foto AP

KESAN kemusnahan sehari selepas gempa dan tsunami di Sendai, Jepun. - Foto Reuters
TEMBOK runtuh menghempap kenderaan di tempat letak kereta di Bandar Mito, Wilayah Ibaraki, Jepun akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda, hari ini. - Foto AFP

BEGINILAH keadaan di Arahama, di Bandaraya Sendai, Jepun yang dirakam satelit GeoEye sebelum (atas) dan selepas (bawah) kejadian gempa 8.9 magnitud yang mencetuskan tsunami , Jumaat lalu. Bandar pesisir pantai itu kelihatan pasir bersih yang memutih dengan deretan bangunan dan kediaman tetapi selepas tsunami ia ibarat 'padang jarak padang tekukur'. - Foto AP


( gambar ihsan Berita Harian Online )




Friday, March 4, 2011

~ K.E.R.D.A.U. ~

salam JIHAD ~

seminggu rasanya jari ini tidak menari riang diatas papan usang ini......memulakan langkah untuk berjuang di jalan Allah,walau tidak mengangkat senjata di pagi hari jam 10.00 pagi hari jumaat(25/2/2011)....berkumpul di bangunan Pas Dungun bersama 8 orang muslimat,2 orang pemuda dan 2 orang nisa'.....

perjuangan kali ini di Kerdau bukan di Merlimau..~ semuanya atas izin-Nya..

sampai di Kerdau sebelum maghrib....tiada apa yang menarik hari ini...kerana semua dalam mo0d : LETIH..!malam nya sebelum jam 10 rasanya mata ini tertutup...

26/2/2011
~bangun jam 3.00 pagi utk bersiap2 ke tempat penamaan calon di bandar temerloh : bimbang jalan ke sana ditutup

~solat subuh di masjid berhampiran tempat penamaan calon

~petang : tugas meraih undi bermula > bayangkan dalam jarak 500m - 1km baru jumpa sebuah rumah..dan bayangkan sebuah rumah itu hanya seorang sahaja penghuninya...PEREMPUAN...!--->di tgh2 kawasan pokok getah & kelapa sawit


27/2/2011
~tugas di hari ke-2 lebih mencabar dan lebih memenatkan..

~seperti berada di dalam 'tin sardin'>berempet2 dlm kereta utk ke satu2 kawasan.....2,3 ekar tanah baru jumpa 1 rumah..bila dah jumpa rumah,tuan rumah 'segan' nak bukak pintu...ade juga yg mencecet lari tgok petugas PAS....!


28/2/2011
~pagi ni seperti biasa..breakfast di markas UPU Lipat Kajang/penginapan muslimin...
~perut amat sakit dan selera takde
~pastu,terus ke kedai>nk beli barang sket...baru nk undur kereta,ada satu kereta menghalang.....agak panas hati..!
~perhatikan orang di sebelah driver kereta yg menghalang,BOB LOKMAN...!
~Allah...agak teruja dpt bergambar dengan beliau....mungkin dia lebih memahami erti perjuangan...siapa tahu..?!
~hidayah Allah tu tak kira pada siapa dan dalam keadaan apa....!
~moga lebih ramai lagi artis2 kita mengikut jejak langkah beliau.....
~dan moga2 Allah terima perjuangan kami...! AMEEN....


1/3/2011
~masih meraih undi....
~moga mereka rela bersama2 kami diatas perjuangan ini...
~tapi hampa...mereka lebih memandang kebendaan...
~hampir semua bertanya : " apa matlamat PAS..?!" > krn setiap kali ceramah di pihak lawan,isu ini yg dibangkitkan...sesungguhnya,mereka ketandusan isu...!
~malamnya ke Desa Murni..ceramah oleh Mat Sabu,Rooney Liu,Anthony,Dr Zulkifli......
~saya terkejut kerana pemimpin DAP lebih memahami konsep kerjasama dalam Islam(tahallus siyasi)


2/3/2011
~bergerak pulang selepas penyerahan tugas kepada petugas dari kuala terengganu...
~moga mereka mampu meraih undi sekaligus mencipta gelombang kemenangan di bumi Kerdau...!TAKBIR!ALLAHUAKBAR!






p/s : Wan dan Aki > orang tua yang berhati muda..mahu melihat islam tertegak di bumi Kerdau..
p/s II : setiap malam di kawasan Lipat Kajang di markas BARISAN NASIONAL berhampiran tanah perkuburan,diadakan karaoke....amat hebat strategi mereka...!
p/s III : keadaan di Lipat Kajang seperti keadaan sebelum merdeka...!tiada pembangunan spt yang diuar2 kan..!
p/s IV : moga Islam tertegak di bumi Kerdau dan Malaysia...!
p/s V : Allah lambatkan kemenangan kerana Allah ingin kita berjuang...~sekali ke depan,jgn sekali ke belakang semula......
p/s VI : mereka di Kerdau telah di bodoh kan dengan soalan : "tunjukkan saya mana satu jalan yg Pas buat dan tunjukkan saya balai polis mane yang Pas bina...!"