Tuesday, March 15, 2011

ini cara Dia tegur kita..!

assalamualaikum...
moga rahmat-Nya sentiasa di samping kita..ameen..

mungkin saya antara yang terlewat menge'pos' tentang tsunami di Jepun baru2 nie....banyak faktor saya lewatkan post saya kali nie...salah satunya kerana 'kotak ajaib' di rumah saya terpaksa di hantarkan ke 'hospital' kerana 'demam panas'..jadi saya langsung tidak tahu menahu sehinggakan seorang kenalan saya kak ckynwan minta saya doakan dia dan kawan2 di Jepun...saya fikir krn mereka sedang dalam mo0d 'final exam'..rupa2nya tsunami terburuk berlaku di sana....nasib baik Allah masih selamatkan mereka..menurut kakak tu,tsunami berlaku di timur Jepun..di Fukui(tmpat kakak tu)hanya terkena gegaran....

walau seKERAS manapun 'SUNTIKAN' Allah buat kita,saya yakin kita masih belum 'pulih' sepenuhnya...mungkin perlukan 'SUNTIKAN' yang lebih DAHSYAT...?!


GEMPA bumi mengakibat gelombang tsunami ketika melanda pelabuhan Oarai Jepun- Foto AP

DUA lelaki lari menyelamatkan diri dalam kejadian tsunami berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 yang melanda Sendai, Jepun, baru-baru ini. - Foto AP

KESAN kemusnahan sehari selepas gempa dan tsunami di Sendai, Jepun. - Foto Reuters
TEMBOK runtuh menghempap kenderaan di tempat letak kereta di Bandar Mito, Wilayah Ibaraki, Jepun akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda, hari ini. - Foto AFP

BEGINILAH keadaan di Arahama, di Bandaraya Sendai, Jepun yang dirakam satelit GeoEye sebelum (atas) dan selepas (bawah) kejadian gempa 8.9 magnitud yang mencetuskan tsunami , Jumaat lalu. Bandar pesisir pantai itu kelihatan pasir bersih yang memutih dengan deretan bangunan dan kediaman tetapi selepas tsunami ia ibarat 'padang jarak padang tekukur'. - Foto AP


( gambar ihsan Berita Harian Online )




Friday, March 4, 2011

~ K.E.R.D.A.U. ~

salam JIHAD ~

seminggu rasanya jari ini tidak menari riang diatas papan usang ini......memulakan langkah untuk berjuang di jalan Allah,walau tidak mengangkat senjata di pagi hari jam 10.00 pagi hari jumaat(25/2/2011)....berkumpul di bangunan Pas Dungun bersama 8 orang muslimat,2 orang pemuda dan 2 orang nisa'.....

perjuangan kali ini di Kerdau bukan di Merlimau..~ semuanya atas izin-Nya..

sampai di Kerdau sebelum maghrib....tiada apa yang menarik hari ini...kerana semua dalam mo0d : LETIH..!malam nya sebelum jam 10 rasanya mata ini tertutup...

26/2/2011
~bangun jam 3.00 pagi utk bersiap2 ke tempat penamaan calon di bandar temerloh : bimbang jalan ke sana ditutup

~solat subuh di masjid berhampiran tempat penamaan calon

~petang : tugas meraih undi bermula > bayangkan dalam jarak 500m - 1km baru jumpa sebuah rumah..dan bayangkan sebuah rumah itu hanya seorang sahaja penghuninya...PEREMPUAN...!--->di tgh2 kawasan pokok getah & kelapa sawit


27/2/2011
~tugas di hari ke-2 lebih mencabar dan lebih memenatkan..

~seperti berada di dalam 'tin sardin'>berempet2 dlm kereta utk ke satu2 kawasan.....2,3 ekar tanah baru jumpa 1 rumah..bila dah jumpa rumah,tuan rumah 'segan' nak bukak pintu...ade juga yg mencecet lari tgok petugas PAS....!


28/2/2011
~pagi ni seperti biasa..breakfast di markas UPU Lipat Kajang/penginapan muslimin...
~perut amat sakit dan selera takde
~pastu,terus ke kedai>nk beli barang sket...baru nk undur kereta,ada satu kereta menghalang.....agak panas hati..!
~perhatikan orang di sebelah driver kereta yg menghalang,BOB LOKMAN...!
~Allah...agak teruja dpt bergambar dengan beliau....mungkin dia lebih memahami erti perjuangan...siapa tahu..?!
~hidayah Allah tu tak kira pada siapa dan dalam keadaan apa....!
~moga lebih ramai lagi artis2 kita mengikut jejak langkah beliau.....
~dan moga2 Allah terima perjuangan kami...! AMEEN....


1/3/2011
~masih meraih undi....
~moga mereka rela bersama2 kami diatas perjuangan ini...
~tapi hampa...mereka lebih memandang kebendaan...
~hampir semua bertanya : " apa matlamat PAS..?!" > krn setiap kali ceramah di pihak lawan,isu ini yg dibangkitkan...sesungguhnya,mereka ketandusan isu...!
~malamnya ke Desa Murni..ceramah oleh Mat Sabu,Rooney Liu,Anthony,Dr Zulkifli......
~saya terkejut kerana pemimpin DAP lebih memahami konsep kerjasama dalam Islam(tahallus siyasi)


2/3/2011
~bergerak pulang selepas penyerahan tugas kepada petugas dari kuala terengganu...
~moga mereka mampu meraih undi sekaligus mencipta gelombang kemenangan di bumi Kerdau...!TAKBIR!ALLAHUAKBAR!






p/s : Wan dan Aki > orang tua yang berhati muda..mahu melihat islam tertegak di bumi Kerdau..
p/s II : setiap malam di kawasan Lipat Kajang di markas BARISAN NASIONAL berhampiran tanah perkuburan,diadakan karaoke....amat hebat strategi mereka...!
p/s III : keadaan di Lipat Kajang seperti keadaan sebelum merdeka...!tiada pembangunan spt yang diuar2 kan..!
p/s IV : moga Islam tertegak di bumi Kerdau dan Malaysia...!
p/s V : Allah lambatkan kemenangan kerana Allah ingin kita berjuang...~sekali ke depan,jgn sekali ke belakang semula......
p/s VI : mereka di Kerdau telah di bodoh kan dengan soalan : "tunjukkan saya mana satu jalan yg Pas buat dan tunjukkan saya balai polis mane yang Pas bina...!"