Wednesday, August 31, 2011

saya diTERIMA

Alhamdulillah~



Senarai Nama Pelajar Baru Sesi 2011-2012 Kemasukan ke Universiti Jordan


Berikut merupakan senarai nama yang diterima oleh pihak Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan(MPPMJ) daripada Education Malaysia Jordan(EMJ).
 


 Senarai nama berikut adalah bagi mahasiswa baru kemasukan sesi 2011-2012.




in syaa Allah akan mendalami bahasa syurga..mohon doa sahabat2







Saturday, August 27, 2011

jangan KECILkan saya yang sedia kecil ini

berkali-kali malah berpuluh-puluh kali,saya terpaksa menjawab soalan yang sama dari mereka..

dari mereka yang kurang faham..

" kenapa pilih Bahasa Arab dan bukan feqh wa usul ke,syariah ke..?? "

" bahasa arab,ilmu agama tinggi ke..? "

" buang masa belajar bahasa lama-lama..! "

saya hanya mampu tersenyum kerana jawapan saya mudah..tp mungkin tidak diterima..~

saya bukanlah pelajar yang serba tahu tentang bahasa syurga ini..jadi saya rasa,saya mahu dahulukan bahasa ini sebelum saya belajar apa-apa yang menggunakan bahasa ini ~

saya harus faham Bahasa Arab sebaiknya..kaedah nahu nya..sorof nya..ini semua penting..!
saya mahukan kefahaman,bukan hafalan semata-mata~
ramai yang menghafal kitab,tetapi tidak faham apa yang dihafal...penyebabnya mungkin kerana penguasaan bahasa yang lemah..

sehingga ke Jordan sana saya mahu berhijrah~

rugi jika saya sia-siakan peluang ini~saya mahu fasih berbahasa arab dalam masa 3 bulan..!YA..!3 BULAN..!

kenapa..?ada yang mahu mentertawakan dan memperlekehkan saya lagi kah..?!

apa-apa pun..semua perkara yang kita belajar..adalah ilmu-Nya..semuanya adalah menuju Allah yang satu ^^

lagikan pula bahasa yang indah ini..dengan balaghahnya,dengan bunga-bunga bahasanya..tambahan pula ini adalah bahasa syurga dan bahasa para anbiya' ...

dan kepada yang suka memPERLEKEHkan saya,sekurang-kurangnya saya punya ilmu dalam bidang ini yang mungkin 'anda' langsung tidak tahu menahu tentang bahasa ini...!atau dengan kata lain tak reti bahasa..!


saya MOHON..
JANGAN PERKECILKAN IMPIAN SAYA !




Wednesday, August 24, 2011

pelangi hadir tika gerimis hadir

2,3 hari ni,hati saya memang berdebar2...

takut...

ya..!saya takut..!takut yang amat~

takut saya tak mampu kuasai bahasa syurga itu dengan sebaiknya.. =.='

kawan saya,Farhana dan kak Ada sekarang sedang mengikuti kursus bahasa..bertuah mereka..Allah pilih mereka utk mantapkan bahasa arab sebelum berpijak di bumi Syam nanti..

saya..?
usah ditanya..hanya mampu mantapkan bahasa arab dengan cara saya sendiri....belek buku sendiri..terjemah sendiri..tanya org2 yg mahir sendiri...

belajar pun bila ada masa lapang...lepas subuh kejap,lepas zohor kejap..'kejap' saya..adelah 3,4 minit..bukan 3,4 jam..hehe

kadang2 saya tanyakan keadaan mereka yg sedang berkem..~
'jeles' saya..!

tapi saya yakin Allah tak pilih saya utk bersama mereka mungkin bersebab..mana mungkin adanya pelangi tanpa hadirnya gerimis.. ^^

yang penting,jika kita pilih untuk berjaya..tak kira apa keadaan sekalipun,kita akan berusaha untuk berjaya..~

doakan saya,sahabat..!






Monday, August 22, 2011

kembara ke bumi anbiya'



Alhamdulillah wa syukru lillah kerana masih lagi diberi peluang utk terus hidup dalam 2 kenikmatan yang paling besar ; iman dan islam~

tinggal beberapa hari lagi,saya akan berangkat pergi ~

menjejak warisan para Nabi hingga ke tanah arab sana...

jika ditanya,kenapa saya memilih untuk kesana..pastilah jawapannya kerana salji..tapi itu hanya jawapan bergurau..sekadar mahu men'jeles'kan adik2 saya dan membuat kawan-kawan saya berkata " best ngat..! " dengan penuh excited~ hehe

tapi yang pastinya,saya ke sana kerana ilmu dan pengalaman~

saya tahu di Malaysia juga ada banyak kursus pengajian Islam dan Bahasa Arab..
saya juga tahu,ilmu dimana2 pun sama..

ya..!memang sama...tapi jelas berbeza...!

bukan saya maksudkan,pengajian islam di Malaysia tidak ada kualiti..!

cuma saya mahukan suasana dan pengalaman yang berbeza~saya mahu berubah..!saya mahu berhijrah..! berhijrah dari kebiasaan~

saya mahu melatih diri saya agar bisa 'hidup' dimana pun saya di campakkan~
biar jadi gunung kalau terdampar di darat atau jadi pulau andai tercampak ke laut..in syaa Allah !

kalau Allah masih izinkan saya menuntut ilmu-Nya,in syaa Allah saya bakal ke Jordan 11 September ini~

saya kongsikan disini bukan untuk membangga diri atau apa2...cuma ingin mohon doa sahabat2 utk doakan yang terbaik buat saya~doakan saya yea..!

p/s : doakan saya bukan dari golongan yang menjadi musuh Allah~nauzubillah
p/s II : saya mahu jadi seperti idola saya..!



doakan saya ^_^




Wednesday, August 17, 2011

indahnya didoakan sahabat


Tiada satu makhluk pun didunia ini yang mampu menumbuhkan rasa cinta dan sayang dihati kita, melainkan ALLAH. Hanya Allah sahaja yang mampu menumbuhkan rasa itu didalam hati kita. Kerana ALLAH sang penciptanya, ALLAH yang telah menciptakannya dan meletakkannya didalam hati setiap makhluknya.
Disaat kita menyayangi seseorang, kita selalu mengharapkan orang yang kita sayangi selalu berada dalam kebaikan. Maka, buktikanlah rasa sayang kita itu dengan menyampaikan harapan kita kepada ALLAH dengan mendoakan sahabat kita.
Lafaskan doa anda untuk sahabat kita. Mohonkanlah agar ALLAH selalu melindungi sahabat kita, serta memberikan pelbagai kebaikan terhadap sahabat kita.
Setelah solat, doakanlah sahabat kita. Walau pun mereka tidak tahu bahawa kita selalu mendoakannya. Lafaskanlah doa kita dengan penuh harapan kepada ALLAH. Mohonlah keampunan untuk dosa~dosa sahabat kita kepada ALLAH. Sebut namanya dalam doa anda. Doakanlah dia selalu.
Ini sangat indah…
Sungguh indah.. Seorang sahabat mendoakan kebaikan untuk sahabatnya yang lain. Sahabat yang didoakan tidak mengetahui tentang hal itu. Tiada seorang pun yang mengetahui. Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu tentang itu.
Hanya ALLAH yang mengetahui harapan~harapannya kepada ALLAH untuk sahabatnya.Ini sungguh luar biasa.Inilah sebuah ketulusan yang nyata.Tiada berharap kecuali kepada ALLAH.
Disaat seorang sahabat tiada disisi, sahabat yang lain memohonkan perlindungan kepada ALLAH bagi sahabatnya. Sungguh luar biasa… kita memohonkan kepada ALLAH satu kebaikan untuk sahabat  tanpa diketahui oleh sahabat tersebut.
Bagaimana perasaan anda jika anda mengetahui ada seorang sahabat yang selalu mendoakan anda? Padahal anda tidak pernah memintanya. Beginilah indahnya persahabatan dalam Islam.

diambil sikit dari akuislam.com ..nak baca lebih2 klik aje ^_^

Monday, August 15, 2011

gambar sekitar ber'BTN'

[ Lagi gambar di sekitar BTN,Kem Bina Negara,Besut ]
gambar ihsan : Ustaz Rujhan Abd Rahman ( fasi kump.7)

hari pertama bertaaruf ^^
masih bertaaruf~



di malam terakhir memulakan slot dgn 'angkat tgn kanan,goyang..goyang..goyang..lalalala'




slot terakhir dan malam terakhir




dari kumpulan yg kecil,membentuk kumpulan yg lebih besar



ada yang di'tahan' kerana mereka pemula 'perjuangan'



ikrar dibacakan selepas bersusah payah 'berjuang'


~ xde ke fasi2 yang record slot malam terakhir tu..?
~ saya rindukan kebersamaan dan perpaduan pada malam itu..!






ukhuwah itu tempatnya di hati

alhamdulillah wa syukru lillah
kelegaan yang sukar saya gambarkan tika saya dipilih utk ke program Biro Tatanegara [BTN] pada 8-12 Ogos di Kem Bina Negara(A),Besut..

kelegaan bercampur kebimbangan sebenarnya..bila disebut BTN,otak kanan dan kiri saya dan mungkin juga mereka memikirkan kami bakal direndam dlm 'clorox' dan akan di celup dalam 'ujala' pekat~

Mungkin itu persepsi awal saya dan sahabat2 yang akan ke BTN..tp Allah masih 'jaga' kami mungkin..!modul yang kami gunakan kali ini amat berbeza dgn modul senior2 kami dulu..ini merupakan modul terbaru dan kami merupakan peserta pertama yg menggunakan modul ini..

Berpagi2 ke JHEAT kerana kami akan bersama2 ke Besut menaiki bas JHEAT..yang saya tahu hanya 8 orang sahaja sahabat2 satu sekolah dgn saya yang akan ke BTN..Hasrul.Muaz,Rodhi,Hakim,Rahman Hassan,Syuhada dan Farhana..

Pendekkan cerita,program wacana minda/ceramah agak membosankan kerana asyik bercakap tentang Gagasan 1Malaysia~

tapi alhamdulillah,program diskusi dalam kumpulan amat menyeronokkan..ditambah pula dgn fasi dan ahli kumpulan yang amat sporting..jika masa berdiskusi pada jam2.30,fasi kumpulan 7 yang amat baik hati,Ustaz Rujhan akan mengarahkan berkumpul jam 2.45 dan paling lewat jam 3..pastilah ramai yang memilih jam 3 ^^
yang bestnya penghulu di kumpulan kami :)

dan program pada malam terakhir amat-amat menyeronokkan dan hingga sekarang masih berbekas dalam hati..

saya sukakan suasana ketika mana semua kumpulan bersatu,berpadu membentuk kumpulan yg lebih besar..7 kumpulan hanya membentuk 1 kumpulan..!

rupanya,inilah yang dkatakan perPADUan..berPADU hati dan pendapat..berPADU tenaga dan penat..indah benar ukhuwah bila saling berPADU~


ini kumpulan kami yang sporting [kump.7]
dari kiri : Yusof,Zuhal,Ust.Rujhan,Izul,Nazrin dan Ikhwan


dari kiri : Nazirah,Nabilah,Hafizah,Maryam,Hajar,Dhia dan Ust.Rujhan