Saturday, August 27, 2011

jangan KECILkan saya yang sedia kecil ini

berkali-kali malah berpuluh-puluh kali,saya terpaksa menjawab soalan yang sama dari mereka..

dari mereka yang kurang faham..

" kenapa pilih Bahasa Arab dan bukan feqh wa usul ke,syariah ke..?? "

" bahasa arab,ilmu agama tinggi ke..? "

" buang masa belajar bahasa lama-lama..! "

saya hanya mampu tersenyum kerana jawapan saya mudah..tp mungkin tidak diterima..~

saya bukanlah pelajar yang serba tahu tentang bahasa syurga ini..jadi saya rasa,saya mahu dahulukan bahasa ini sebelum saya belajar apa-apa yang menggunakan bahasa ini ~

saya harus faham Bahasa Arab sebaiknya..kaedah nahu nya..sorof nya..ini semua penting..!
saya mahukan kefahaman,bukan hafalan semata-mata~
ramai yang menghafal kitab,tetapi tidak faham apa yang dihafal...penyebabnya mungkin kerana penguasaan bahasa yang lemah..

sehingga ke Jordan sana saya mahu berhijrah~

rugi jika saya sia-siakan peluang ini~saya mahu fasih berbahasa arab dalam masa 3 bulan..!YA..!3 BULAN..!

kenapa..?ada yang mahu mentertawakan dan memperlekehkan saya lagi kah..?!

apa-apa pun..semua perkara yang kita belajar..adalah ilmu-Nya..semuanya adalah menuju Allah yang satu ^^

lagikan pula bahasa yang indah ini..dengan balaghahnya,dengan bunga-bunga bahasanya..tambahan pula ini adalah bahasa syurga dan bahasa para anbiya' ...

dan kepada yang suka memPERLEKEHkan saya,sekurang-kurangnya saya punya ilmu dalam bidang ini yang mungkin 'anda' langsung tidak tahu menahu tentang bahasa ini...!atau dengan kata lain tak reti bahasa..!


saya MOHON..
JANGAN PERKECILKAN IMPIAN SAYA !




No comments:

Post a Comment