Monday, August 15, 2011

ukhuwah itu tempatnya di hati

alhamdulillah wa syukru lillah
kelegaan yang sukar saya gambarkan tika saya dipilih utk ke program Biro Tatanegara [BTN] pada 8-12 Ogos di Kem Bina Negara(A),Besut..

kelegaan bercampur kebimbangan sebenarnya..bila disebut BTN,otak kanan dan kiri saya dan mungkin juga mereka memikirkan kami bakal direndam dlm 'clorox' dan akan di celup dalam 'ujala' pekat~

Mungkin itu persepsi awal saya dan sahabat2 yang akan ke BTN..tp Allah masih 'jaga' kami mungkin..!modul yang kami gunakan kali ini amat berbeza dgn modul senior2 kami dulu..ini merupakan modul terbaru dan kami merupakan peserta pertama yg menggunakan modul ini..

Berpagi2 ke JHEAT kerana kami akan bersama2 ke Besut menaiki bas JHEAT..yang saya tahu hanya 8 orang sahaja sahabat2 satu sekolah dgn saya yang akan ke BTN..Hasrul.Muaz,Rodhi,Hakim,Rahman Hassan,Syuhada dan Farhana..

Pendekkan cerita,program wacana minda/ceramah agak membosankan kerana asyik bercakap tentang Gagasan 1Malaysia~

tapi alhamdulillah,program diskusi dalam kumpulan amat menyeronokkan..ditambah pula dgn fasi dan ahli kumpulan yang amat sporting..jika masa berdiskusi pada jam2.30,fasi kumpulan 7 yang amat baik hati,Ustaz Rujhan akan mengarahkan berkumpul jam 2.45 dan paling lewat jam 3..pastilah ramai yang memilih jam 3 ^^
yang bestnya penghulu di kumpulan kami :)

dan program pada malam terakhir amat-amat menyeronokkan dan hingga sekarang masih berbekas dalam hati..

saya sukakan suasana ketika mana semua kumpulan bersatu,berpadu membentuk kumpulan yg lebih besar..7 kumpulan hanya membentuk 1 kumpulan..!

rupanya,inilah yang dkatakan perPADUan..berPADU hati dan pendapat..berPADU tenaga dan penat..indah benar ukhuwah bila saling berPADU~


ini kumpulan kami yang sporting [kump.7]
dari kiri : Yusof,Zuhal,Ust.Rujhan,Izul,Nazrin dan Ikhwan


dari kiri : Nazirah,Nabilah,Hafizah,Maryam,Hajar,Dhia dan Ust.Rujhan

1 comment:

  1. aku ingin sekali berkem sama kamu..

    aku rindu sama kamu semua, bile agaknya kita dapat berkumpul semua..Allah, kuatkanlah ukhuwah antara kami..:)

    ReplyDelete