Saturday, December 24, 2011

saya juga terima pinangannya

Bismillahirrahmanirrahim.

Malam. Semua berkumpul di dalam satu bilik. Bacaan yassin sudah diperdengar. Suasana yang tadinya meriah kini bertukar sunyi, setiap orang menunggu-nunggu pembicaraan selanjutnya. Usai membaca bismillah, Pihak A mula membuka bicara,

"Bismillahirrahmanirrahim, kami datang ke sini membawa hajat, hajat ingin menyunting bunga di taman.Tidak tahu mungkinkah pihak di sana sudi menerima atau tidak."

*diam*

Gadis itu tertunduk malu. Terbias redup matanya seakan memancar dari hati, hatinya kini sudah dimiliki. Senyum, istikharah pergantungan hanya padaNya. Tekad hati sebulat suara, sebuah jawapan sedia diberi tanda dipersetujui.

Pihak A tersenyum gembira, Alhamdulillah.Syukur memenuhi hatinya. Meneruskan lagi kata-kata,

"Kami tidak mampu menyediakan hantaran beribu-ribu yang mahal harganya, tetapi insyaAllah, hantaran ia adalah hantaran Syurga."

"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang yang bertaqwa ialah seperti taman, mengalir di bawahnya sungai-sungai, senantiasa berbuah dan teduh. Itulah tempat kesudahan bagi orang yang bertaqwa, sedang tempat kesudahan bagi orang yang ingkar kepada Tuhan ialah neraka."
Ar ra'd (13 : 35)

MashaAllah! semua orang di dalam ruang itu tersenyum lega. Hati gadis kini sudah dimiliki, biarpun tiada tanda cincin pengikat diri, tetapi sudah diyakini, inilah jalannya bertemu Ilahi. Tempoh taaruf selama 2 bulan setengah cukup membuatkan ia yakin, lebih-lebih lagi selepas pertemuan pertama kali (SWEET gathering) minggu lepas, gerhana bulan menjadi saksi,pertemuan jiwa-jiwa yang berkumpul kerana Ilahi.

Kisah ini, biarpun permulaan awalnya tidak serupa, tetapi jalannya tetap sama. Diolah dikarang oleh Sang Penulis Cerita. Di sini kita dipertemukan, pasti ada sebab dan hikmah. Soalan yang masih memenuhi ruang fikiran, " Untuk apa Allah hantar aku kemari? "

Baru kini diri tersedar, hidup ini bukan tidak bertujuan, hidup ini bukan tidak bertuhan.(2:30 & 51:56) Cinta tidak mampu dimaknai tanpa tindakan yang membuktikan cinta itu sendiri, (ISLAM vs islam) dan pelbagai lagi yang membuka mata hati yang selama ini telah dizalimi oleh diri.

"dan sungguh akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah, dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka memiliki telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengarkan ayat-ayat Allah. Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah."
Al A'raf (7:179)

ini cerita mereka, insyaAllah akan menjadi cerita kita juga. :')

Jika kita memilih cinta yang murah kita akan terperosok ke dalam jurang yang sangat dalam dan hina tetapi jika kita memilih cinta yang besar iaitu cinta semata kepada Allah SWT maka kita akan berada di satu kedudukan yang sangat tinggi di sisiNya…Maka, pilihlah cinta yang besar itu semoga beroleh maqam yang membolehkan kita dapat lebih taqarrub (dekat) kepada Allah. 
(Prof Hamka)

Post ini bukan tentang baitul Muslim. tapi lamaran kami untuk menyunting sahabat-sahabat bagi memasuki relung tarbiyyah, --USRAH (untuk semua rasa Allah hebat ) :)



p/s : di'copy-paste' dari sini ~ dan diedit sedikit.

p/s II : ummi mesti dah takutkan..hehe :)

Friday, December 23, 2011

intikhobat [?]

assalamualaikum ^^

semoga semua sihat-sihat belaka~
masih juga saya diberikan sejuta nikmat,walau syukur langsung tak terucap. 

semalam diberi peluang merasakan hangatnya suasana berintikhobat di jamiah.Poster calon ditampal seminggu sebelum proses pembuangan undi dilakukan.Ada yang lebih dari seminggu mungkin.

Tidak kurang juga yang sibuk berkempen.Berharap,calon mereka di undi nanti.

Seronok sebenarnya.Ada yang bergaduh,ada yang pecahkan cermin tanda benar2 protes,ada yang menyekat pengundi utk jalankan tanggungjawab sebagai pengundi,ada juga yang menarik2 pengundi dan di'kepung' di satu kawasan utk memastikan mereka mengundi calon mereka ! benar-benar terdesak rupanya !
ingatkan di Malaysia saja yang menjalankan 'strategi' seperti ini ! -_- '

saya sengaja nak libatkan diri dalam intikhobat.nak melihat cara mereka..rindu sebenarnya utk berada dalam keadaan seperti ini.nampaknya 4 tahun saya akan 'sunyi' dari berkeadaan begini *itupun kalau tak balik Malaysia la*

semalam,pagi-pagi lagi saya ke jamiah..entahla,semenjak dua menjak ni,saya rasakan diri saya rajin yang amat..selalu ke maktabah..sampai kadang-kadang,saya akan terus berada di maktabah sehingga selepas isya'..rasa nak studi je.nak jadi budak nerd..

baiklah,berbalik semula.. :)

ketika di maktabah semalam,ada sahabat yang menghantar mesej menyuruh saya menyegerakan proses pengundian,bersama dengan calon yang patut diundi : Abdussalam Mansur ~

saya kurang kenal dengan calon ini,tapi khabarnya calon ini dari kalangan yang baik-baik..

tanpa berlengah-lengah,saya terus ke kuliah Adab bersama dengan seorang lagi sahabat saya..sangat bersemangat untuk mengundi..maklumlah kalau di Malaysia,masih belum 'cukup umur' untuk mengundi..

sampai di depan pintu masuk kuliah Adab,kami tidak dibenarkan masuk..ada pergaduhan,kebanyakan doktor turun dan pintu-pintu kecil utk masuk ke kuliah adab dijaga dan dikunci...dalam hati *nak mengundi pun susah* -_- '

selepas 4,5 minit berkeliaran mencari pintu utk kami masuk tp tetap tak dibenarkan masuk,kami akhirnya ke pintu utama kuliah kami semula....dan alhamdulillah kami dibenarkan masuk :)

masuk di dalam kuliah adab,kami agak terkejut apabila ada 2,3 orang cuba menarik kami ke suatu tempat..kami di'kepung' dan disuruh utk mengundi calon mereka (selain Abdussalam)..kami yang ajnabi ni buat-buat tak faham dan buat-buat akan undi calon mereka....senang cerita....!tak payah la nak raih undi sangat !haish!

kami yang ajnabi,pada mulanya agak takut untuk mengaku yang kami akan menyokong Abdussalam..takut diapa-apakan..bimbang juga tiba-tiba ditumbuk ! nanti disini tak dapat mengundi,di Malaysia pun tak dapat ~ heh ^^

kemudian,kami ke ruang terbuka ditengah-tengah kuliah adab..kerana disitu,semua penyokong Abdussalam berkumpul..

lama menunggu masa untuk mengundi..tapi masih belum dapat..kerana setiap kali penyokong Abdussalam nk mengundi,mereka akan bergaduh atau 'buat kacau' supaya kami tidak dapat mengundi..terutamanya di bahagian akhawat...

akhirnya,Abdussalam seakan memberi arahan : sesiapa yang menyokong beliau,diminta keluar dari kuliah adab sehingga keadaan selamat dan pilihanraya bukan utk mencederakan sesiapa (ini setakat kefahaman saya)..saat ini,semua seakan patuh kepada arahan..beramai-ramai bergerak keluar...terasa RUH perjuangan !
*allah,rindu benar keadaan begini*

dan saat ini juga,saya rasakan saya tidak salah memilih calon :)
setiap yang baik itu,susah untuk diperjuangkan,apalagi utk dapatkan~

sehingga kini,saya masih belum mengundi kerana keadaan tidak dapat dikawal semalam dan proses pembuangan undi akan ditangguhkan ke hari khamis ini...moga calon pilihan saya berjaya !


[situasi22/12]
 *pergaduhan di depan pintu masuk tempat pembuangan undi*


 *bacaan doa kemenangan*


 *2 orang calon dari takhassus kami~bahasa arab*
*disebelah kanan,calon pilihan saya,Abdussalam*




p/s : semangat benar saya kan? 
p/s II : saya diberitahu,Abdussalam merupakan Presiden MPP(kalau di Malaysia)  di jamiah kami ~
p/s III : kamus : intikhobat (pilihanraya),jamiah (universiti),maktabah (perpustakaan),ajnabi (orang asing),takhassus (bidang/kos)
p/s IV : malamnya saya ke Raghadan..ke rumah sahabat Arab..makan nasi maqlubah (jeles tak ummi?) ^^

Wednesday, December 7, 2011

ada hikmah dalam redha

alhamdulillah~

beberapa hari lagi,cukup 3 bulan saya ter'campak' kesini..jauh dari ummi,jauh dari abah,jauh dari adik-adik,jauh dari semua~

3 bulan saya cuba fahamkan segala yang perlu saya fahami..agak 'sakit' sebenarnya..dan nampaknya,impian saya untuk fasih berbahasa arab dalam masa 3 bulan berkecai *sedihnya*
tapi,saya dalam proses nak cantumkan balik impian saya yang kononnya dah berkecai tu..takpe sikit-sikit lah..saya pun bukannya pandai sangat..sikit-sikit lama-lama jadi bukit..kan . kan ?

2,3 minggu sampai,saya telefon dan ceritakan keadaan disini kepada tokmak di Johor..saya katakan saya masih merangkak-rangkak untuk cuba faham bahasa disini..kerana kebanyakan mereka menggunakan bahasa 'ammi/pasar.Tokmak katakan "sama macam awaklah..cakap bahasa 'pasar' Malaysia" ~adehh : )

secara jelasnya,saya tak minat bahasa arab..dari dulu lagi ! tanyalah sesiapa sahaja sahabat rapat saya..setiap kali kelas nahu dan saraf,mata saya pasti tertutup.dan dulu,saya pernah tekad untuk 'lari' setiap kali peperiksaan subjek yang melibatkan bahasa ini..

kenapa ? saya pun kurang jelas kenapa ke'benci'an saya sehingga ke tahap itu~

tapi yang pasti semua yang berlaku ada hikmahnya..semasa di tingkatan 4 saya pernah mengelak utk berada di aliran agama..kerana saya mahukan cita-cita saya tercapai,jurutera angkasa..!!kemudian,habis tingkatan 5 saya mengelak utk mengambil STAM kerana saya mahu ke universiti dan menjadi pensyarah bahasa inggeris..semuanya kerana saya mahu MENGELAK !!

hidup dalam ke'mengelak'kan memang susah....apa yang kita kejar tak dapat,apa yang kita bawak pun tak dapat...

dan akhirnya,saya disini juga..~
hampir 3 bulan saya bercakap,bergaul,belajar semuanya menggunakan bahasa INI..itu pun kadang-kadang malu sebab 'blur' bila org arab tanya dan saya tak dapat jawab ... *bukan kadang2,selalu je*

sekarang,mulalah rasa menyesal..kenapa lah tak bersungguh dulu-dulu..tapi takpe,saya akan mula dari bawah semula..ya!DARI BAWAH!

dan...sekarang,saya takkan mengelak lagi..bimbang akan mengecewakan ummi dan abah nanti~




p/s : hikmahnya,Allah nak saya kuasai bahasa arab tak kira macam mana cara sekalipun saya cuba untuk mengelak ^^

p/s II : selamat datang musim syita' ^^

p/s III : kene semangat dah ni..sem depan ada nahu dan saraf   *moga2 mata ini dah tak 'tutup' lg..hehe*

Tuesday, December 6, 2011

tahniah dan terima kasih

salam 'alaik ~

dah  hampir 3 bulan blog ni tak terisi..sunyi...bukan malas,cuma kurang rajin..bukan takde masa,cuma selalu buang masa~

tapi hari ini,tiba2 terSEMANGAT..!ya TERsemangat..!

ada 3 perkara gembira berlaku hari ini..

PERTAMA :
**sahabat saya telah selamat diijab kabulkan hari ini (6/12/2011) jam 10 pagi tadi di Mesir...barakallahulakuma ^^

**Bertambah satu lagi sahabat saya yang dah berkahwin selepas Kak Bad (disini)~nampaknya Kak Bad benar2 bukan keseorangan....(menunggu berita gembira dari yang lain pula)

                                          
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. "



KEDUA
**saya 'seronok' dan 'gembira' kerana nampaknya makin bertambahlah stalker saya....selepas diberitahu secara terang-terangan link blog ini!TERIMA KASIH kepada yang mempromosikan blog saya  ~ tapi maaf,blog ini langsung tidak ilmiah seperti yang lain..sekadar perkongsian -_- '

*bukti di sebelah kanan gambar-semua dr Amman*

KETIGA :
**saya dapat ilmu baru hari ini..terima kasih Cikgu,ajar saya buat print screen macam kat atas tu....jasamu dikenang...  






buat Naqiuddeen dan Nazeehah


Selamat Hari Lahir buat By[7/12] dan Girl[29/11] ^^
(By : tengah / Girl : kanan)