Saturday, November 3, 2012

Nota Untuk Abang

Dengan nama-Nya yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~

Nota untuk Abang :)

Alhamdulillah walhamdulillah,menyempatkan diri walau esok punya imtihan.Imtihan awwal fasal awwal.Moga Allah permudahkan.Lusa juga punya imtihan.5/11.Tarikh yang sama dengan permulaan SPM.

Tahun ini,in syaa Allah Abang akan menduduki SPM.Berdebar pulak rasa hati ni.Mungkin debaran yang sama dengan Ummi dan Abah waktu Kakak SPM dan STAM dulu.

Abang,sejak dari kecik memang terlalu mengikut perintah,suka memuji dan suka minta maaf.Ummi selalu banding-bandingkan Kakak dengan Abang.Kakak,kalau tak suka buat sesuatu kerja,Kakak akan melawan.Tapi Abang tak.Semua yang Ummi dan Abah suruh,Abang mesti akan buat.Kalau Ummi masak,Abang orang pertama akan puji masakan Ummi.Kadang-kadang Kakak rasa geram sebab Kakak tak pernah sempat nak puji dulu.Hehe.Abang pun bukan jenis melawan macam Kakak.Abang,setiap kali Ummi dan Abah marah kita berdua,Abanglah orang pertama yang akan minta maaf.Masa tu mulalah Ummi nak marah Kakak sebab tak minta maaf dulu.Hehe.Kelakar.

Kita dari dulu sampai sekarang memang sukaaaaa sangat bergaduh.Waktu Kakak balik cuti dari hostel,mesti akan gaduh.Abang akan cakap "takyoh balik-balik ah.wat serabut je ade kat rumah".Hehe.Kakak pun balas "ingat akak nok ngat balik.tengok muka Abang!"

Flashback kejap,waktu Ummi lahirkan Abang,Kakak tak suka,sebab Kakak nak adik 'girl'.Sampai Kakak suruh Ummi jual kat monyet.Hehe.Entah la apa kaitannya!

Ok.Pastu sekarang Abang dah jadi harapan Ummi dan Abah juga By,Girl dan Adik.Bukan tu je,semua akan tengok Abang.Tunggu result Abang.Dari dulu Kakak cabar Abang."Kalau Abang dpt tinggi dari Kakak PMR ni,Kakak bg Abang hadiah.Baeeek punya!" . Kali ni Kakak cabar lagi Abang.SPM ni kalau result lagi tinggi dari Kakak,Kakak bg Abang hadiah :)

Bittaufiq Abang dalam SPM.Doa Kakak sentiasa bersama Abang
[moga Abang sentiasa dalam JAGAAN dan RAHMATNYA]




p/s:Abang,kalaulah Kakak ade poket Doraemon,Kakak naaak sangat Abang yang dulu.Hehe.(eh!Kakak dop kate Abang sekarang ni jahat!Hehe.Peace ^^Y )




Tuesday, July 17, 2012

Tanpa Tajuk

Bismillah~

2,3 hari kebelakangan ni,rindu benar dengan Ummi dan Abah.Adik-adik juga :)

Sahabat saya ramai yang balik cuti ni.Tinggal beberapa orang saja yang akan berpuasa dan beraya di sini.Dulu sebelum ke sini,Ummi katakan puasa di negara Timur Tengah ni agak lama.Kadang-kadang sampai 15,16 jam.Waktu tu saya rasa seronok.Yelah boleh puasa lama dari orang Malaysia.Tapi bila dah beberapa minggu merasa kehangatan musim panas ni,ada jugalah rasa nak balik Malaysia.'Rasa' jelah.

Abah dulu katakan pada saya,jangan balik 4 tahun.Duduk je kat situ.Kalau cuti,berjalan.Nanti dah balik Malaysia,susah dah nak berjalan.Tapi 2,3 kali kebelakangan ni,saya telefon Abah di Malaysia dan Abah tanyakan "Kakak tak rindu Abah ke?","Kakak takmoh balik ke?","Tahun depan Kakak nak balik??".Dah macam adik pulak.. "Kakak tak sayang Adik ke?"."Sayang!"."Doh,bakpe Kakak tinggal adik lama-lama?"
Hehe..macam-macam betul :D

Baru pasang niat nak berjalan-jalan cuti tahun depan.Ingat nak melawat Turki lagi.Tapi tiba-tiba terasa rindu.Rindu nak bawak Adik berjalan naik motor dengan Girl.Rindu nak gaduh dengan Abang dan By.Rindu kek lapis Ummi.Rindu kata-kata Abah.

Semasa berBTN dulu,ada sahabat saya katakan "Bila Allah bagi kita satu nikmat,Dia akan tarik satu nikmat lain dari kita.Sedar atau tidak "

Dulu saya kurang faham.Tapi bila dah di sini,hurmm baru terfikir..Allah bagi nikmat belajar jauh kat negara orang.Tapi Allah tarik nikmat ada keluarga disisi -_-'

Bimbang sangat setiap kali keputusan imtihan diumumkan.Bimbang tak dapat memuaskan hati Ummi dan Abah.Fuhh..berat yang amat bila kena pikul amanah belajar ~

Waktu SPM dulu,subjek yang paling saya benci,Matematik.Sampai waktu trial,saya ada pasang niat nak lari dari ambil periksa.Tapi bila terbayang Ummi dan Abah akan kecewa,saya kuatkan juga walaupun akhirnya saya fail[tapi SPM subjek Math saya dapat A ye ^^ ]

Sama lah kat sini.Walau takhassus saya susah macam mana pun,In syaa Allah saya punya sahabat-sahabat yang mampu buat saya makin kuat.In syaa Allah,takkan berundur.Saya mahu jadi seperti 'dia'.Kuat !!Dulu saya katakan saya mahu jadi seperti dia.Tapi jawapannya "Jadilah lebih baik dari saya,Naz.In syaa Allah".

Di Jordan,1 Ramadhan in syaa Allah,Jumaat ini.Puasa pertama yang langsung tiada ruang dengan keluarga.Tiada ruang berkejar-kejar ke masjid dengan Abang,By,Girl untuk solat Terawih.Tiada ruang bersahur sekali,berbuka sekali :)

Tapi,punya ruang berjauhan dan bersama 'keluarga' di sini.In syaa Allah kheir ^^








p/s : Abah pun macam 'paksa' Akak balik je.Hehe :)
p/s II : Ramadhan Kareem Ummi,Abah,Abang,By,Girl,Adik ^^
p/s III : Abang ngan By mesti rindu nak gaduh dgn Akak kan..Hehe.Ok.Perasan! -_-'
p/s IV : Ummi,sekarang susah sangat nak jaga hati kan? (yang ni mesti ummi takut..haha)

Saturday, July 14, 2012

Gigi dan Dakwah

     Bila ditimpa kesusahan atau kesakitan,kadang-kadang baru kita sedar nikmat sihat.Bila sihat pula,terlupa nikmatnya sakit.Ya! sakit pun punya nikmat.Nikmat dihapuskan dosa.

     Dulu,masa kecik-kecik,selalu dapat 'nikmat' sakit gigi.Gigi elok,tapi rasa sakit.Ummi dan Abah selalu paksa ke klinik.Bukan paksaan sangat sebenarnya.Cuma waktu itu kurang faham yang rupanya paksa-paksa sayang.Takkan nak biarkan anak kesakitan kan? :)

     Doktor gigi,makhluk tuhan yang paling saya benci waktu itu.Saya bencikan kesakitan tusukan jarum ke dalam gusi saya.Bencikan kemarahan doktor gigi bila saya sekejap turun,sekejap naik atas kerusi.Saya benci bila saya dipaksa untuk menganga mulut luas-luas..!oh bencinya!!yang paling saya bencikan ,muka bengis doktor gigi yang langsung tiada riak belas kasihan~

    Oleh kerana banyak perkara yang saya kurang senang,macam-macam alasan yang saya berikan bila gigi saya terasa sakit lagi.Tapi,jika terpaksa,saya akan di'hantar' ke klinik oleh Ummi dan Abah.Saya takkan cabut gigi tanpa Ummi ditepi untuk pegang tangan saya.Pernah saya lari bila tiba giliran saya.Saya pusing satu sekolah.Sebab biasanya,saya akan cabut gigi di klinik gigi sekolah.Tapi lupa waktu tu,Abah terjumpa saya atau saya lari bersembunyi tepi kereta..hehe nakal sungguh..tapi biasanya,bila Abah atau Ummi 'terjumpa' saya yang tengah ber'sembunyi' tu,saya terpaksa juga naik atas kerusi dan merelakan rasa sakit hinggap.Waktu tu,macam-macam benda yang saya mintak.Saja nak suruh Ummu rasa kesian..Saya mintak nak makan KFC lah,mintak nak makan epal lah.Macam-macam yang saya mintak.Tapi tiap kali mintak,mesti ummi akan cakap "cabut gigi dulu,baru seronok nak makan".

     Macam tu jugak kalau DAKWAH.

Kadang-kadang,hati kita tengah 'sakit' tapi benci nak jumpa 'doktor' yang boleh rawat hati kita.Kenapa??
Sebab kita benci dan tak sanggup untuk rasa 'sakit'.Dan kenapa kita benci untuk rasa 'sakit'.Sebab kadang-kadang juga 'doktor' yang nak 'rawat' kita menggunakan cara yang kita tak dapat terima.Kan?

'Tusukan jarum' untuk kurangkan ke'sakit'an kita,kadang-kadang lebih sakit dari ke'sakit'an yang sedang kita lalui.Arahan yang diberikan adakalanya terlalu keras dan tiada langsung rasa belas.Riak muka seakan 'akulah paling baik' , 'akulah paling sempurna' , 'akulah yang tahu segalanya' ~

Bila begitu,bila dia nak 'rawat' rasa 'sakit' kita atau dengan kata lain,nak sebarkan dakwah pada kita,mulalah kita reka pelbagai alasan.Alasan untuk mengelak dari di'rawat'.

Apakata,kali ni kita biarkan sekejap rasa 'sakit' untuk ubat 'sakit' yang kita ada.Biarlah tusukan jarum tu sakit.Biarlah muka dia bengis,biarlah arahan dia keras.Dan ya !! dia memang lagi tahu BANYAAK dari kita.Kalau tak pun lebih sikit dari kita.Sebab tulah dia cuba nak 'rawat' kita pulak.

Macam Ummi katakan "cabut gigi dulu,baru seronok nak makan"..

Hmm..
"cabut 'sakit' dalam hati kita dulu,baru seronok nak terima apa yang orang lain dakwahkan" ^^





[ sakit gigi pun kafarah dosa jugak..aduss -_-" ]


Thursday, April 26, 2012

Indah Taman Syurga

Bismillahirrahmanirrahim~

Sedar tak sedar,hampir 9 bulan kaki saya 'ter'pijak di bumi Urdun ni...Ibarat ibu mengandung yang menunggu masa untuk melahirkan zuriatnya.Begitu juga saya,bersusah payah 'mengandungkan' tenaga yang tak seberapa ini untuk me'lahirkan' ilmu yang bermanfaat buat ummah di Malaysia nanti.Sekadar yang termampu saya lakukan.Saya bukan yang pandai menulis,tidak juga petah berkata-kata,apatah lagi menterjemahkan apa yang saya baca kepada yang bertanya.Kadang-kadang,saya kagum dengan mereka yang hebat berkata-kata,keluarkan dalil itu,hukum ini,hadis begini..

Pertemuan singkat dengan murabbi petang semalam amat menaikkan semangat dan membuka mata saya sebagai yang mengaku dirinya seorang daie..Ya!saya daie!sekurang-kurangnya daie untuk diri sendiri.

Saya mula sedar,untuk mencapai objektif dakwah,perkara yang PALING penting dan wajib diselesaikan dulu adalah dakwah kepada segumpal darah yang ada dalam jasad kita iaitu Qalb yang merupakan pusat pemerintahan jasad manusia.Kerana dari situlah pelbagai perkara baik dan buruk akan lahir.Senang cerita,AKHLAK kita!


Dakwah bukan hanya dengan fakta semata,tapi dengan AKHLAK.Nabi kita dulu pun,sebelum dilantik menjadi rasul,semua menggelar baginda dengan gelaran Al-Amin.Maknanya nabi kita,segala perkara yang dilakukan diPERCAYAI! Jelas,nabi kita berdakwah dengan akhlak bukan hanya fakta.Iya!fakta itu perlu,tapi biar diseiringkan dengan akhlak kita,bukan fakta sahaja!

Dalam jemaah Islam pula,bukan tempat untuk mengaku "aku lebih baik" , "aku lebih berilmu" ,aku lebih itu,aku lebih ini..tapi,medan untuk kita tarbiyah diri kita sendiri sebenarnya!Bila kita bagitau orang lain buat itu,tinggal ini,kita!mesti tarbiyah diri kita untuk tak buat apa yang kita larang pada orang lain dan buat apa yang kita suruh orang lain buat.Bercakap memang senang,tapi untuk buat apa yang di'cakap'kan tu amat susah.Inilah fungsi kita duduk dalam jemaah islam.Untuk tarbiyah diri kita!

Dan yang tak kurang pentingnya bila nak berdakwah,mesti ada ilmu.Jangan buat *kot dang je (orang ganu kate).Buat ikut suka!takde ilmu tapi cakap ber'degang-degang'.Sebab kita kena ingat,apa yang kita tulis,cakap, itu adalah amanah yang akan bertenggek atas bahu kita kat sana nanti!

Saya cintakan majlis ilmu.
Amat.amat.amat cintakan majlis ilmu!

Kadang-kadang rasa beruntung Dia 'campak'kan saya ke sini.Macam-macam majlis ilmu yang ada.Dari ustaz-ustaz dirasat 'ulya yang hebat-hebat,dari ulama Jordan yang katanya digelar Syed Qutb Thani(kedua),Sheikh Solah Abdul Fatah al-Kholidi.Hebat! amat hebat!Tanya saja ilmu apa.Hadith,Nahu,Aqidah.Semua boleh dijawab dengan izin-Nya.Kagum saya dengan mereka.Sahabat-sahabat saya disini pun tidak kurang hebatnya.Ayat quran dan hadith sentiasa di mulut.Perbincangan mereka bukan seperti perbincangan saya.Mereka sangat ilmiah..Dari sudut ilmu,saya memang kagum dengan mereka..

Saya?usah ditanya!
untuk menjadi alim,jauh sangat!cukup sekadar menjadi 3 golongan yang disebutkan dan mohon dijauhkan dari golongan yang satu itu!


  عَنْ أَبِي بَكْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اغْدُ عَالِمًا أَوْ مُتَعَلِّمًا أَوْ مُسْتَمِعًا أَوْ وَلا تَكُنِ الخَامِسَةَ فَتَهْلِك

Dari Abu Bakrah ra,dari Nabi s.a.w,sabdanya "jadikan dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu,atau orang yang selalu mendengar pelajaran ilmu,ataupun orang yan mencintai ilmu dan janganlah kamu menjadi dari golongan yang kelima,kerana engkau akan binasa"

(sahabat-sahabat,jika ada kesalahan tentang hadith diatas,maklumkan segera ^^ )


Tapi kan,kadang-kadang,bila terasa nak buat baik,pasti syaitan akan selitkan rasa yang kurang enak!riak dan takabbur itu pasti.Pasti akan diselitkan dalam hati kita..Sebab itulah,Qalb kita adalah perkara pertama yang perlu dididik!!

Selamat Mendidik ^^



p/s : Doakan saya moga sentiasa istiqomah cintakan ilmu.
p/s II : Dengan harapan,Dia kurniakan saya yang boleh mengajar saya,biar tak 'terputus' rasa nak istiqomah saya tu..hehe ^^ *ok,boleh abaikan yang ni*



Thursday, February 9, 2012

jom 'paksa' diri :)

alhamdulillah~

sudah seminggu memasuki fasal thani,selepas lebih 3 minggu bercuti..
2 hari saya berjaulah sekitar Jordan dan10 hari lagi saya habiskan dengan berdaurah Bahasa Jepun..seronok,sebab dah boleh baca tulisan hiragana~

dan,fasal kali ini,saya kaut 5 madah...tambah satu lagi madah dari fasal lepas~

muaddal ketika di fasal awwal sangat tidak memuaskan hati..mungkin kerana penangan study last minute saya tu kot.. : )

dan fasal thani ni kalau saya rajin sikit,in syaa Allah muaddal akan naik...tak banyak pun,sikit jadilah...asalkan fasal demi fasal,muaddal saya naik.. ^^
malu la kalau muaddal asyik rendah je..

dan fasal ni juga saya rasakan amat seronok..mungkin kerana tidak terlalu bersama dengan Malizi yang lain..ter'paksa' berseorangan ke sana-sini..ter'paksa' bercakap dengan orang arab setiap masa..ter'paksa' buat muka tak malu nak tengok nota budak-budak arab..semua ter'paksa' dan saya kena paksa diri saya untuk naikkan muaddal tu...ye!PAKSA!


*jangan cakap 'tak boleh buat' selagi tak usaha*




p/s : [kamus] (1) fasal : sem  (2) muaddal : pointer  (3) madah : subjek  

Friday, January 13, 2012

berikan yang 'baru'


Dengan nama-Nya,
pimpinlah tangan ini andai tersalah langkah,jangan ditarik dengan penuh rasa benci yang tak sudah,apatah lagi dilepaskan kerana sudah lelah..kerana hati ini sedang diserahkan pada-Nya dengan harapan,diberikan hati yang 'baru' yang ikhlas dan istiqomah ~

[permudahkanlah] -__-

Tuesday, January 10, 2012

asal ada usaha

Alhamdulillah..imtihan nihaie saya sudah berakhir...dan saya rasakan usaha saya untuk mendapat markah yang lebih tinggi dari imtihan awal dulu memang ada..

tapi cuba bayangkan,saya hampir menghafal sebuah buku,tapi soalan yang dikeluarkan cuma satu muka kertas A4..dan soalan yang ditanya cuma makna istilah..oh!saya amat kecewa..!saat itu saya rasakan usaha saya hanya sia-sia..-_-'

tapi saya yakin,bila kita dah berusaha,selebihnya biar Dia yang tentukan..asalkan usaha tu ada..kan?kan?
[ummi,abah..maaf kalau result kali ni agak 'terbaik' ] ^^


Sunday, January 1, 2012

deactive akaun lama,active akaun baru

Alhamdulillah~
sampai juga kita di tahun  baru 2012

macam-macam status di fb,saya baca semalam....tak kurang juga yang sibuk menyatakan azam tahun baru mereka...

saya tidak ada azam tahun barukah??
oh tidak!saya cuma 'bawa' semula azam tahun lalu yang masih belum dipenuhi ke tahun baru ini..itu saja beza saya dan mereka..

saya nak deactive akaun lama dan active akaun baru~
biar segala yang dilakukan tahun ini tiada yang sia-sia..biar semua kerana Allah belaka..

hari terakhir tahun 2011,saya cuba habiskan masa saya dengan sesuatu yang nanti apabila di'tanya' di sana,moga-moga Dia kira sebagai ibadah ^^

bertafaqquh,bermurabbi..
semua itu saya rasakan sungguh manis disini..mungkin kerana bilangan pelajar Malaysia disini tidak seramai di Irbid,di Mafraq dan di Mu'tah...

ukhuwah kami disini,lebih rapat..sampaikan kasut saya yang hilang dulu,hampir satu sweileh tahu ^^

kalau ter'lari' dari landasan yang sebenar,ada yang datang membetulkan dengan nasihat..tapi biasalah,bila berdakwah,pasti ada yang keras hatinya untuk menerima..ada yang lembut,tapi bila nak berubah,susah sangat..

masuk tahun baru,semangat juga kena baru...kena kurangkan sifat-sifat yang kurang 'enak' (azam tahun lepas yg tak terlaksana sepenuhnya -_-' )...MALAS yang paling utama..!!lagi-lagi dalam fatrah imtihan nihaie ni..semua sibuk membelek buku..saya?sibuk membelek muka buku.. :)

imtihan nihaie saya cuma 2 hari..1 hari 2 madah..5/1 dan 8/1..mohon doa biar saya rajin sikit ~

JOM DEACTIVE AKAUN LAMA,ACTIVE AKAUN BARU ^^
~bittaufiq wannajah semua utk imtihan nihaie~