Sunday, January 1, 2012

deactive akaun lama,active akaun baru

Alhamdulillah~
sampai juga kita di tahun  baru 2012

macam-macam status di fb,saya baca semalam....tak kurang juga yang sibuk menyatakan azam tahun baru mereka...

saya tidak ada azam tahun barukah??
oh tidak!saya cuma 'bawa' semula azam tahun lalu yang masih belum dipenuhi ke tahun baru ini..itu saja beza saya dan mereka..

saya nak deactive akaun lama dan active akaun baru~
biar segala yang dilakukan tahun ini tiada yang sia-sia..biar semua kerana Allah belaka..

hari terakhir tahun 2011,saya cuba habiskan masa saya dengan sesuatu yang nanti apabila di'tanya' di sana,moga-moga Dia kira sebagai ibadah ^^

bertafaqquh,bermurabbi..
semua itu saya rasakan sungguh manis disini..mungkin kerana bilangan pelajar Malaysia disini tidak seramai di Irbid,di Mafraq dan di Mu'tah...

ukhuwah kami disini,lebih rapat..sampaikan kasut saya yang hilang dulu,hampir satu sweileh tahu ^^

kalau ter'lari' dari landasan yang sebenar,ada yang datang membetulkan dengan nasihat..tapi biasalah,bila berdakwah,pasti ada yang keras hatinya untuk menerima..ada yang lembut,tapi bila nak berubah,susah sangat..

masuk tahun baru,semangat juga kena baru...kena kurangkan sifat-sifat yang kurang 'enak' (azam tahun lepas yg tak terlaksana sepenuhnya -_-' )...MALAS yang paling utama..!!lagi-lagi dalam fatrah imtihan nihaie ni..semua sibuk membelek buku..saya?sibuk membelek muka buku.. :)

imtihan nihaie saya cuma 2 hari..1 hari 2 madah..5/1 dan 8/1..mohon doa biar saya rajin sikit ~

JOM DEACTIVE AKAUN LAMA,ACTIVE AKAUN BARU ^^
~bittaufiq wannajah semua utk imtihan nihaie~

6 comments:

  1. ringkas tp bermakna..bittaufiq wannajah akak =)

    ReplyDelete
  2. kamu berdua juga,bittaufiq wannajah :)

    ReplyDelete
  3. bittaufiq akak... deactived!! i`m done :)

    ReplyDelete
  4. salam naz...

    bittaufiq wannajah...insyaALLAH ^__^

    ReplyDelete
  5. ada : benar2 deactive =)

    kakak cun : terima kasih ^^

    ReplyDelete