Thursday, April 26, 2012

Indah Taman Syurga

Bismillahirrahmanirrahim~

Sedar tak sedar,hampir 9 bulan kaki saya 'ter'pijak di bumi Urdun ni...Ibarat ibu mengandung yang menunggu masa untuk melahirkan zuriatnya.Begitu juga saya,bersusah payah 'mengandungkan' tenaga yang tak seberapa ini untuk me'lahirkan' ilmu yang bermanfaat buat ummah di Malaysia nanti.Sekadar yang termampu saya lakukan.Saya bukan yang pandai menulis,tidak juga petah berkata-kata,apatah lagi menterjemahkan apa yang saya baca kepada yang bertanya.Kadang-kadang,saya kagum dengan mereka yang hebat berkata-kata,keluarkan dalil itu,hukum ini,hadis begini..

Pertemuan singkat dengan murabbi petang semalam amat menaikkan semangat dan membuka mata saya sebagai yang mengaku dirinya seorang daie..Ya!saya daie!sekurang-kurangnya daie untuk diri sendiri.

Saya mula sedar,untuk mencapai objektif dakwah,perkara yang PALING penting dan wajib diselesaikan dulu adalah dakwah kepada segumpal darah yang ada dalam jasad kita iaitu Qalb yang merupakan pusat pemerintahan jasad manusia.Kerana dari situlah pelbagai perkara baik dan buruk akan lahir.Senang cerita,AKHLAK kita!


Dakwah bukan hanya dengan fakta semata,tapi dengan AKHLAK.Nabi kita dulu pun,sebelum dilantik menjadi rasul,semua menggelar baginda dengan gelaran Al-Amin.Maknanya nabi kita,segala perkara yang dilakukan diPERCAYAI! Jelas,nabi kita berdakwah dengan akhlak bukan hanya fakta.Iya!fakta itu perlu,tapi biar diseiringkan dengan akhlak kita,bukan fakta sahaja!

Dalam jemaah Islam pula,bukan tempat untuk mengaku "aku lebih baik" , "aku lebih berilmu" ,aku lebih itu,aku lebih ini..tapi,medan untuk kita tarbiyah diri kita sendiri sebenarnya!Bila kita bagitau orang lain buat itu,tinggal ini,kita!mesti tarbiyah diri kita untuk tak buat apa yang kita larang pada orang lain dan buat apa yang kita suruh orang lain buat.Bercakap memang senang,tapi untuk buat apa yang di'cakap'kan tu amat susah.Inilah fungsi kita duduk dalam jemaah islam.Untuk tarbiyah diri kita!

Dan yang tak kurang pentingnya bila nak berdakwah,mesti ada ilmu.Jangan buat *kot dang je (orang ganu kate).Buat ikut suka!takde ilmu tapi cakap ber'degang-degang'.Sebab kita kena ingat,apa yang kita tulis,cakap, itu adalah amanah yang akan bertenggek atas bahu kita kat sana nanti!

Saya cintakan majlis ilmu.
Amat.amat.amat cintakan majlis ilmu!

Kadang-kadang rasa beruntung Dia 'campak'kan saya ke sini.Macam-macam majlis ilmu yang ada.Dari ustaz-ustaz dirasat 'ulya yang hebat-hebat,dari ulama Jordan yang katanya digelar Syed Qutb Thani(kedua),Sheikh Solah Abdul Fatah al-Kholidi.Hebat! amat hebat!Tanya saja ilmu apa.Hadith,Nahu,Aqidah.Semua boleh dijawab dengan izin-Nya.Kagum saya dengan mereka.Sahabat-sahabat saya disini pun tidak kurang hebatnya.Ayat quran dan hadith sentiasa di mulut.Perbincangan mereka bukan seperti perbincangan saya.Mereka sangat ilmiah..Dari sudut ilmu,saya memang kagum dengan mereka..

Saya?usah ditanya!
untuk menjadi alim,jauh sangat!cukup sekadar menjadi 3 golongan yang disebutkan dan mohon dijauhkan dari golongan yang satu itu!


  عَنْ أَبِي بَكْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اغْدُ عَالِمًا أَوْ مُتَعَلِّمًا أَوْ مُسْتَمِعًا أَوْ وَلا تَكُنِ الخَامِسَةَ فَتَهْلِك

Dari Abu Bakrah ra,dari Nabi s.a.w,sabdanya "jadikan dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu,atau orang yang selalu mendengar pelajaran ilmu,ataupun orang yan mencintai ilmu dan janganlah kamu menjadi dari golongan yang kelima,kerana engkau akan binasa"

(sahabat-sahabat,jika ada kesalahan tentang hadith diatas,maklumkan segera ^^ )


Tapi kan,kadang-kadang,bila terasa nak buat baik,pasti syaitan akan selitkan rasa yang kurang enak!riak dan takabbur itu pasti.Pasti akan diselitkan dalam hati kita..Sebab itulah,Qalb kita adalah perkara pertama yang perlu dididik!!

Selamat Mendidik ^^



p/s : Doakan saya moga sentiasa istiqomah cintakan ilmu.
p/s II : Dengan harapan,Dia kurniakan saya yang boleh mengajar saya,biar tak 'terputus' rasa nak istiqomah saya tu..hehe ^^ *ok,boleh abaikan yang ni*



4 comments:

  1. salam naz...

    waahhh!! "terharu" kak chik baca n3 niii...moge terus istiqomah...jage diri...

    alhamdulillah ^__~

    ReplyDelete
  2. Kurang paham statmnt ni

    "Dgn harapan,Dia kurniakan saya yg boleh mengajar saya,.........."

    Adakh pemahaman saya sebagaimna yg dmaksudkn oleh 'tuan rumah' ni....mungkin ya..............

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye2...dah tak salah dah tu *senyum tersipu malu*

      Delete