Tuesday, July 17, 2012

Tanpa Tajuk

Bismillah~

2,3 hari kebelakangan ni,rindu benar dengan Ummi dan Abah.Adik-adik juga :)

Sahabat saya ramai yang balik cuti ni.Tinggal beberapa orang saja yang akan berpuasa dan beraya di sini.Dulu sebelum ke sini,Ummi katakan puasa di negara Timur Tengah ni agak lama.Kadang-kadang sampai 15,16 jam.Waktu tu saya rasa seronok.Yelah boleh puasa lama dari orang Malaysia.Tapi bila dah beberapa minggu merasa kehangatan musim panas ni,ada jugalah rasa nak balik Malaysia.'Rasa' jelah.

Abah dulu katakan pada saya,jangan balik 4 tahun.Duduk je kat situ.Kalau cuti,berjalan.Nanti dah balik Malaysia,susah dah nak berjalan.Tapi 2,3 kali kebelakangan ni,saya telefon Abah di Malaysia dan Abah tanyakan "Kakak tak rindu Abah ke?","Kakak takmoh balik ke?","Tahun depan Kakak nak balik??".Dah macam adik pulak.. "Kakak tak sayang Adik ke?"."Sayang!"."Doh,bakpe Kakak tinggal adik lama-lama?"
Hehe..macam-macam betul :D

Baru pasang niat nak berjalan-jalan cuti tahun depan.Ingat nak melawat Turki lagi.Tapi tiba-tiba terasa rindu.Rindu nak bawak Adik berjalan naik motor dengan Girl.Rindu nak gaduh dengan Abang dan By.Rindu kek lapis Ummi.Rindu kata-kata Abah.

Semasa berBTN dulu,ada sahabat saya katakan "Bila Allah bagi kita satu nikmat,Dia akan tarik satu nikmat lain dari kita.Sedar atau tidak "

Dulu saya kurang faham.Tapi bila dah di sini,hurmm baru terfikir..Allah bagi nikmat belajar jauh kat negara orang.Tapi Allah tarik nikmat ada keluarga disisi -_-'

Bimbang sangat setiap kali keputusan imtihan diumumkan.Bimbang tak dapat memuaskan hati Ummi dan Abah.Fuhh..berat yang amat bila kena pikul amanah belajar ~

Waktu SPM dulu,subjek yang paling saya benci,Matematik.Sampai waktu trial,saya ada pasang niat nak lari dari ambil periksa.Tapi bila terbayang Ummi dan Abah akan kecewa,saya kuatkan juga walaupun akhirnya saya fail[tapi SPM subjek Math saya dapat A ye ^^ ]

Sama lah kat sini.Walau takhassus saya susah macam mana pun,In syaa Allah saya punya sahabat-sahabat yang mampu buat saya makin kuat.In syaa Allah,takkan berundur.Saya mahu jadi seperti 'dia'.Kuat !!Dulu saya katakan saya mahu jadi seperti dia.Tapi jawapannya "Jadilah lebih baik dari saya,Naz.In syaa Allah".

Di Jordan,1 Ramadhan in syaa Allah,Jumaat ini.Puasa pertama yang langsung tiada ruang dengan keluarga.Tiada ruang berkejar-kejar ke masjid dengan Abang,By,Girl untuk solat Terawih.Tiada ruang bersahur sekali,berbuka sekali :)

Tapi,punya ruang berjauhan dan bersama 'keluarga' di sini.In syaa Allah kheir ^^








p/s : Abah pun macam 'paksa' Akak balik je.Hehe :)
p/s II : Ramadhan Kareem Ummi,Abah,Abang,By,Girl,Adik ^^
p/s III : Abang ngan By mesti rindu nak gaduh dgn Akak kan..Hehe.Ok.Perasan! -_-'
p/s IV : Ummi,sekarang susah sangat nak jaga hati kan? (yang ni mesti ummi takut..haha)

Saturday, July 14, 2012

Gigi dan Dakwah

     Bila ditimpa kesusahan atau kesakitan,kadang-kadang baru kita sedar nikmat sihat.Bila sihat pula,terlupa nikmatnya sakit.Ya! sakit pun punya nikmat.Nikmat dihapuskan dosa.

     Dulu,masa kecik-kecik,selalu dapat 'nikmat' sakit gigi.Gigi elok,tapi rasa sakit.Ummi dan Abah selalu paksa ke klinik.Bukan paksaan sangat sebenarnya.Cuma waktu itu kurang faham yang rupanya paksa-paksa sayang.Takkan nak biarkan anak kesakitan kan? :)

     Doktor gigi,makhluk tuhan yang paling saya benci waktu itu.Saya bencikan kesakitan tusukan jarum ke dalam gusi saya.Bencikan kemarahan doktor gigi bila saya sekejap turun,sekejap naik atas kerusi.Saya benci bila saya dipaksa untuk menganga mulut luas-luas..!oh bencinya!!yang paling saya bencikan ,muka bengis doktor gigi yang langsung tiada riak belas kasihan~

    Oleh kerana banyak perkara yang saya kurang senang,macam-macam alasan yang saya berikan bila gigi saya terasa sakit lagi.Tapi,jika terpaksa,saya akan di'hantar' ke klinik oleh Ummi dan Abah.Saya takkan cabut gigi tanpa Ummi ditepi untuk pegang tangan saya.Pernah saya lari bila tiba giliran saya.Saya pusing satu sekolah.Sebab biasanya,saya akan cabut gigi di klinik gigi sekolah.Tapi lupa waktu tu,Abah terjumpa saya atau saya lari bersembunyi tepi kereta..hehe nakal sungguh..tapi biasanya,bila Abah atau Ummi 'terjumpa' saya yang tengah ber'sembunyi' tu,saya terpaksa juga naik atas kerusi dan merelakan rasa sakit hinggap.Waktu tu,macam-macam benda yang saya mintak.Saja nak suruh Ummu rasa kesian..Saya mintak nak makan KFC lah,mintak nak makan epal lah.Macam-macam yang saya mintak.Tapi tiap kali mintak,mesti ummi akan cakap "cabut gigi dulu,baru seronok nak makan".

     Macam tu jugak kalau DAKWAH.

Kadang-kadang,hati kita tengah 'sakit' tapi benci nak jumpa 'doktor' yang boleh rawat hati kita.Kenapa??
Sebab kita benci dan tak sanggup untuk rasa 'sakit'.Dan kenapa kita benci untuk rasa 'sakit'.Sebab kadang-kadang juga 'doktor' yang nak 'rawat' kita menggunakan cara yang kita tak dapat terima.Kan?

'Tusukan jarum' untuk kurangkan ke'sakit'an kita,kadang-kadang lebih sakit dari ke'sakit'an yang sedang kita lalui.Arahan yang diberikan adakalanya terlalu keras dan tiada langsung rasa belas.Riak muka seakan 'akulah paling baik' , 'akulah paling sempurna' , 'akulah yang tahu segalanya' ~

Bila begitu,bila dia nak 'rawat' rasa 'sakit' kita atau dengan kata lain,nak sebarkan dakwah pada kita,mulalah kita reka pelbagai alasan.Alasan untuk mengelak dari di'rawat'.

Apakata,kali ni kita biarkan sekejap rasa 'sakit' untuk ubat 'sakit' yang kita ada.Biarlah tusukan jarum tu sakit.Biarlah muka dia bengis,biarlah arahan dia keras.Dan ya !! dia memang lagi tahu BANYAAK dari kita.Kalau tak pun lebih sikit dari kita.Sebab tulah dia cuba nak 'rawat' kita pulak.

Macam Ummi katakan "cabut gigi dulu,baru seronok nak makan"..

Hmm..
"cabut 'sakit' dalam hati kita dulu,baru seronok nak terima apa yang orang lain dakwahkan" ^^





[ sakit gigi pun kafarah dosa jugak..aduss -_-" ]