Tuesday, July 17, 2012

Tanpa Tajuk

Bismillah~

2,3 hari kebelakangan ni,rindu benar dengan Ummi dan Abah.Adik-adik juga :)

Sahabat saya ramai yang balik cuti ni.Tinggal beberapa orang saja yang akan berpuasa dan beraya di sini.Dulu sebelum ke sini,Ummi katakan puasa di negara Timur Tengah ni agak lama.Kadang-kadang sampai 15,16 jam.Waktu tu saya rasa seronok.Yelah boleh puasa lama dari orang Malaysia.Tapi bila dah beberapa minggu merasa kehangatan musim panas ni,ada jugalah rasa nak balik Malaysia.'Rasa' jelah.

Abah dulu katakan pada saya,jangan balik 4 tahun.Duduk je kat situ.Kalau cuti,berjalan.Nanti dah balik Malaysia,susah dah nak berjalan.Tapi 2,3 kali kebelakangan ni,saya telefon Abah di Malaysia dan Abah tanyakan "Kakak tak rindu Abah ke?","Kakak takmoh balik ke?","Tahun depan Kakak nak balik??".Dah macam adik pulak.. "Kakak tak sayang Adik ke?"."Sayang!"."Doh,bakpe Kakak tinggal adik lama-lama?"
Hehe..macam-macam betul :D

Baru pasang niat nak berjalan-jalan cuti tahun depan.Ingat nak melawat Turki lagi.Tapi tiba-tiba terasa rindu.Rindu nak bawak Adik berjalan naik motor dengan Girl.Rindu nak gaduh dengan Abang dan By.Rindu kek lapis Ummi.Rindu kata-kata Abah.

Semasa berBTN dulu,ada sahabat saya katakan "Bila Allah bagi kita satu nikmat,Dia akan tarik satu nikmat lain dari kita.Sedar atau tidak "

Dulu saya kurang faham.Tapi bila dah di sini,hurmm baru terfikir..Allah bagi nikmat belajar jauh kat negara orang.Tapi Allah tarik nikmat ada keluarga disisi -_-'

Bimbang sangat setiap kali keputusan imtihan diumumkan.Bimbang tak dapat memuaskan hati Ummi dan Abah.Fuhh..berat yang amat bila kena pikul amanah belajar ~

Waktu SPM dulu,subjek yang paling saya benci,Matematik.Sampai waktu trial,saya ada pasang niat nak lari dari ambil periksa.Tapi bila terbayang Ummi dan Abah akan kecewa,saya kuatkan juga walaupun akhirnya saya fail[tapi SPM subjek Math saya dapat A ye ^^ ]

Sama lah kat sini.Walau takhassus saya susah macam mana pun,In syaa Allah saya punya sahabat-sahabat yang mampu buat saya makin kuat.In syaa Allah,takkan berundur.Saya mahu jadi seperti 'dia'.Kuat !!Dulu saya katakan saya mahu jadi seperti dia.Tapi jawapannya "Jadilah lebih baik dari saya,Naz.In syaa Allah".

Di Jordan,1 Ramadhan in syaa Allah,Jumaat ini.Puasa pertama yang langsung tiada ruang dengan keluarga.Tiada ruang berkejar-kejar ke masjid dengan Abang,By,Girl untuk solat Terawih.Tiada ruang bersahur sekali,berbuka sekali :)

Tapi,punya ruang berjauhan dan bersama 'keluarga' di sini.In syaa Allah kheir ^^








p/s : Abah pun macam 'paksa' Akak balik je.Hehe :)
p/s II : Ramadhan Kareem Ummi,Abah,Abang,By,Girl,Adik ^^
p/s III : Abang ngan By mesti rindu nak gaduh dgn Akak kan..Hehe.Ok.Perasan! -_-'
p/s IV : Ummi,sekarang susah sangat nak jaga hati kan? (yang ni mesti ummi takut..haha)

No comments:

Post a Comment