Friday, March 29, 2013

Maratib Amal kita bagaimana?

Bismillah

Maratib amal.Cuba tanya sesiapa sahaja,pasti dalam fikirannya 'amalan yang bertangga-tangga' itu.Bermula dengan pembinaan individu muslim hinggalah ke asatizal 'alam.'Masuk'lah ke dalam mana-mana gerakan yang hadafnya adalah tarbiyyah rohiyyah,pasti maratib amal yang bertangga-tangga ini yang disuruh paling awal untuk dikhatamkan.

Dulu pernah terbaca status sahabat saya tentang maratib amal ini.Tapi maratib amal kali ini amat berbeza dan saya rasakan ini adalah yang paling tepat.Maratib amal versi Venn Diagram.Bukan lagi 'tangga-tangga' yang hujahnya bila dah capai individu muslim yang ideal,barulah bergerak kepada keluarga yang ideal,kemudian kepada masyarakat yang ideal dan seterusnya.

Antara persoalan yang seingat saya ditimbulkan adalah :
1)Apakah kayu ukur 'ideal'nya individu itu sedangkan seumur hidup adalah proses try and error.silap-betul-silap-betul sampai mati..?Pftt...stagnant sungguh idea ni.

2)Katakanlah proses pembaikan diri itu tidak sempat untuk dihabiskan sehinggalah berkeluarga,atau terlampau fokus pada diri,keluarga dan kelompok kecil dalam masyarakat dan akhirnya diabaikan hal-hal negara atau dengan kata lain politik lah!Masyarakat yang terBANYAK yang mengawal sistem.

Hmm..apa jaminan kita untuk anak cucu kita nanti?Ada peluang ke mereka merasakan pembaikan seperti yang hari ini kita rasakan sedangkan dizaman mereka nanti,mungkin akan ada sistem pemerintahan yang lebih korup dan kuku besi?Mungkin ini akan menjadi salah kita.Sebab kita hanya fokus pada diri kita sahaja.Tak dibetulkan pada zaman kita...!
*faham ke? -_-'

Pada saya,idea maratib amal secara bertangga-tangga ini boleh dikatakan tidak adil atau kasar sikit,zalim(tak letakkan sesuatu pada tempatnya)

Sebab?

Tak lain kerana sistem.

Sistem hidup individu takkan terpisah dengan masyarakat.Sistem hidup masyarakat  juga tidak boleh dipisahkan dengan negara.Dan begitulah seterusnya....

wallahu 'a'lam...moga Allah redha :)







p/s : post ni mungkin agak emo.
p/s II : Juma'ah Mubarakah..moga Allah redha usaha kita walau sebesar zarah.
p/s III : teringin pula nak jadi cikgu bahasa melayu lps buat post ni..skema sungguh..!!hehe

Monday, March 25, 2013

Dewasa dan Matang

Dengan nama Allah..

Bulan ini fatrah imtihan.Kadang-kadang terasa penat menanggung pelbagai 'beban'.Belajar dan jawatan.Tapi saya yakin 'beban' ini mampu mendewasakan dan mematangkan.

Sesi kali ini masih diberikan kepercayaan untuk mentadbir persatuan selepas 'penat' satu sesi yang lepas menggalas amanah untuk menggerakkan persatuan.Jika difikirkan,saya memang mahu 'berehat' sesi ini.Biar adik-adik pula yang menggerakkan persatuan.

Tapi sebelum AGM sesi lepas,saya ada berbual dengan Ummi hingga lewat malam.Saya katakan sesi depan saya mahu berehat.Mahu fokus belajar.Mahu dapatkan muaddal yang terbaik.Kerana saya tahu,saya bukanlah yang mampu dan pandai menyusun masa.Tapi jawapan dari Ummi seperti biasa,ringkas dan padat. "Kakak,Ustaz Fadzil Nor,'mati' baru berehat Kak".Waktu ni,air mata saya mengalir tanpa Ummi tahu.Oh!rupanya,di dunia tiada istilah rehat.

Amanah jawatan ni tiada lain hanya untuk melatih dan menguatkan.Tiada istilah 'kuat dengan sendirinya'.Kita bukan Tuhan!Kita perlukan komuniti yang saling menguatkan dan saling nasihat menasihati.

Bila begini,barulah saya memahami.Rupanya perancangan dan penyusunan masa amat penting.Barulah saya bersungguh menggunakan setiap masa yang ada.Walaupun kadang-kadang masa yang dibazirkan lebih banyak dari masa yang digunakan.hehe.

Saya rasakan fasal ini benar-benar menguji kesungguhan saya.Imtihan berpanjangan.Ujian yang berterusan dan ke'tidaksabar'an yang tak pernah lekang.Yuhuu..akhirnya puasa dan raya saya tahun ini bersama Ummi,Abah dan adik-adik.

Dan fatrah kali ini,fatrah kesungguhan.Bukan lagi fatrah percubaan.Moga Allah mudahkan dan kuatkan serta thabatkan hati menempuh fatrah yang menuntut beribu kesungguhan dan kematangan.Dan dijauhkan dari sebarang ketidakcaknaan terhadap amanah yang bertenggek di bahu.Ameen :)

"Dan orang-orang yang berjihad(untuk mencari keredhaan Kami),benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik" [Al-Ankabut : 69]




p/s : sesi kali ini in syaa Allah terbaik.
p/s II : tanpa sedar,umur saya tahun ini bertambah lagi 1.sedarlah!!hoho -_-'
p/s III : fatrah : sesi - imtihan : peperiksaan - thabat : tetap.