Monday, April 22, 2013

MURABBI

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Sungguh,antara kurniaan Allah yang paling disyukuri tika berjauhan dengan keluarga adalah punya 'keluarga' kecil di sini.Jika di Amman,keluarga kecil kami dinamakan MURABBI.Muzakarah Ruhiyyah wa Tarbawiyyah.Nama ini diberikan oleh salah seorang calon PhD di sini.Moga Allah limpahkan rahmatNya selagi mana usrah di Amman ini masih bernafas dengan nama MURABBI.

MURABBI saya diberi nama Zinnirah.6 orang srikandi yang in syaa Allah bakal menjadi setabah dan secekal dan sesolehah Zinnirah.Ameen.

Suatu ketika dulu,saya pernah fobia dengan yang dinamakan usrah.Tinggal di asrama dan punya usrah amat sinonim.Sehinggakan saya naik jemu.Mungkin penyampaian yang tidak pelbagai.Setiap minggu,yang dibincangkan adalah buku Maza Ya'ni karangan Fathi Yakan.Sehingga sekarang,buku Maza Ya'ni itu masih tinggal 2,3 bab yang belum saya khatamkan.(adeh)

Kali pertama saya mengendalikan usrah adalah sewaktu Tingkatan 6 di sekolah dulu dan disini merupakan kali kedua.

Bila menjadi seorang naqibah,banyak perkara yang perlu dipelajari dan perkara yang paling besar adalah membina keyakinan dan keberanian diri.Bila digelar naqibah,penyampaian kita mesti jelas,percakapan kita mesti seiring dengan perilaku kita.Bila membaca,biarlah kita yang mengatasi mereka.Kita juga perlu ada agenda tersendiri.Antaranya mahu kembangkan bakat dan fikiran ahli MURABBI.Benda yang susah,kita cuba sampaikan dalam bentuk yang mudah faham.Timbulkan pelbagai persoalan.

Sebenarnya amat susah.Lagi-lagi saya yang baru bertatih mengenal pengarang-pengarang kitab,yang baru bertatih memahami konteks ayat yang nak disampaikan.Banyak sebenarnya perkara yang kita tak terfikir untuk buat,kita akan cuba sedaya buat sesuatu bila menjadi naqibah.

Kumpulan Murabbi saya sejujurnya,jarang membincangkan kitab itu,kitab ini.Tapi saya yakin,sekolah kehidupan yang bakal dilalui oleh adik-adik Murabbi saya nanti,lebih mematangkan mereka.In syaa Allah :)

Kelebihan manusia berbeza-beza.Begitu juga naqib/naqibah yang semestinya mereka juga manusia.Jangan terlalu mengharapkan naqib/naqibah yang terlalu sempurna,yang mampu memberikan segala pengisian rohani,mampu menyebut kitab itu,kitab ini,ulama' itu,ulama' ini.Naqibah juga dalam proses belajar sebenarnya.Hehe.

Selalu saya sebut pada adik-adik usrah saya,kita sama-sama belajar ye :)


p/s: ini video pertama Murabbi kami (objektif : nak galakkan semua join MURABBI..best sebenarnya!)